Teacher's Day atau Hari Guru dah pun lepas 2 hari yang lepas. Kot. Sebenarnya, dalam tarikh yang sama 16 Mei izzz birthday my school mates masa sekolah rendah. Nama dia Anis Assila. Haa dia pun anak cikgu. Apa yang aku ingat lah kan, tak silap aku dia pernah mention masa sekolah rendah dulu yang birthday dia sama dengan hari guru. Sampai sekarang aku ingat kehkehkeh. Bangga sikit. Je.
Happy 19th belated birthday Anis. Aku tak tahu sekarang kau kat mana, but kalau one day kau ternampak post ni, khas untuk kau aku buat. Cehhh :p May Allah bless you and ease everything for you Ameen.
Masuk pasal hari guru ni ha aku banyak cerita sikit. So maybe entry ni panjang sikit dengan kenangan masa zaman sekolah dolu dolu kala hiks. Aku mula bersekolah masa umur 4 tahun lagi. Nak tengok pandai atau tak, tengoklah hasilnya sekarang. Belajar last minute. Jangan ikut ye adik adik akak. Akak adik adik pun dah menyesal dah ni. Huhu
Throwback throwback throwback throwback throwback throwback throwback
Umur 4 tahun dah mula sekolah. Uolls boleh bayangkan tak? Nak dijadikan cerita, satu hari ni mak aku dulu kerja cikgu jugak. masa aku kecik-kecik dulu. sekarang dah beso. Biasalah cikgu kan. Ada satu hari tu, mak aku amik lambat ke macam mana, aku balik je sekolah aku cerita dekat abah yang mak tak sayang aku sebab tinggal aku kat sekolah atau amik lambat. Not sure lah ceritanya macam mana. Lebih dan kurang macam tu lah hehehe.
Masa darjah 1 aku selalu kena kejar dengan pembaris panjang yang cikgu-cikgu selalu guna dalam classs tu. Haa gua lejen masa darjah satu. Sebab kena kejar? Aku selalu siap kerja awal berbanding pelajar lain sebab masa cikgu duk tengah pot pet pot pet kat depan, tangan aku laju je menulis hehehe. Satu hari tu, cikgu class aku nama dia cikgu Atiqah. Habis kau tak cukup lantai nak lari sbb kena kejar dengan pembaris. Last-last cikgu amik buku aku. Huhu.
Darjah 2 pula apa yang membuatkan aku teringat sampai sekarang ada dua. Cikgu Norhayati yang garang gila gila tahap dewa punya garang & kena baca sifir depan class. Ok yang cikgu Norhayati tu kita hold dulu untuk cerita darjah 4, sekarang kita cerita untuk darjah 2. Cikgu maths masuk class mesti dia nak tanya anak murid dia sifir. Ye dok? Nama dia cikgu Rosni.Satu hari tu dia suruh baca sifir 6. Satu class tau kena baca sama-sama. Entah macam mana dia nampak mulut aku tak bukak. Padahal sifir 6 aku paling hafal. Pastu dia panggil aku ke depan. Memang naya habislah. And boleh expect something tak? Aku baca lancar gila okay :p
Darjah 4. Ha masuk darjah 4 ni aku dah sekolah pagi tau. So bila masuk sekolah sessi pagi ni liatnyalah nak bangun. Oh fyi, aku sekolah agama. Dari darjah 2 hee. So darjah 4 ni ada dua cerita. Sekolah agama & sekolah kebangsaan. Masa sekolah kebangsaan, aku pernah kena marah dengan cikgu maths sebab. Sebab apa? Aku dok bersembang pong pang pong pang dengan cik kiah kat sebelah padahal cikgu Sharyanti suruh buat pembetulan maths. Bapak cuak kauu. dia mengamuk memang garang gila lah. Bila semua kawan-kawan dah balik, aku still lagi dalam class buat corrections. Sedih. Haha. Salah sendiri. Dekat sekolah agama, aku dengan geng geng kira lejen sekolah kakaka. Pernah sekali kena kejar dengan guru besar sampai toilet sebab tak solat asar. Boleh bayangkan tak toilet yang sempit tu kitaorang share duduk rama-ramai semata-mata tak nak kena tangkap kekeke. Tak silap aku guru besar kot yang kejar. Ingatkan dah selamat bila kita solat lepas tu, kira tak jemaah lah sekali dengan students lain. Rupanya hujan di tengahari. Balik class, kena rotan dengan Ustazah Mimi huhu. Tu la nakal lagi kau.
Darjah 6 pula rasanya tak ada apa sangat yang jadi dekat sekolah kebangsaan. Sekolah agama yang aku lejen sangat hehehe. Ustaz class kitaorang, nama dia Ustaz Soen. Pakai Saga warna merah. Zaman aku tu tak wujud lagi Saga BLM, FLX tu. Mana ada. Saga bersegi tu je ada. Ustaz, kalau ustaz Google nama ustaz keluar link blog saya, ustaz baca lah yek :p Saya lah anak murid ustaz yang lejen sangat tu. Hee. Banyak woi kalau nak cerita. Summary je ye. Aku dengan budak-budak class suka mainkan ustaz. Ustaz pun layankan je kitaorang. Bila kacau ustaz, ustaz tak tau nak jawab apa, ustaz senyum je. Kadang-kadang kesian juga, taoi tu lah lumrah budak nakal. Bila sebut je pasal rehat. Memang tu lah benda paling best. Memang suka bila pergi canteen, lepastu kosong. Fuhh aman. Boleh dapat ketenangan. Pergi sekolah aku mana pakai tudung sekolah. Aca aca lepastu nak pergi koko dekat sekolah kebangsaan, awal-awal lagi dah pakai tudung bawal :p Bila bab beratur, beratur paling belakanggggggggg sekali.
So Alhamdulillah. Berjaya menamatkan sekolah rendah dengan jayanya dengan hanya mendapat 3A 2B. Result PSRA sekolah agama sampai sekarag tak tahu apa sebab lepas je darjah 6 terus pindah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sekolah menengah nanti kita cerita. Tu lagi lah nakal tahap tak boleh dibendung. Kekeke. Kita jumpa dalam next entry okay?
Thank you to all my teachers sebab ajar anak murid yang dari tak tahu apa-apa sampai sekarang dah masuk universiti.
Tadika di Kuantan (1998),
Sekolah Rendah Islam Pintar, Kerteh (1999)
Sekolah Rendah Islam Pintar (2000-2001),
SK Seksyen 19, Shah Alam (2002-2006),
SMK Seksyen 5,Wangsa Maju (2007-2010),
SMK SSAAS, Shah Alam (2011),
Unisel Shah Alam (current).
Andd thank you cikgu Google sebab sentiasa ada bila saya memerlukan cikgu. Hehe.
Adios. Marios. Tagios. Haip!!
P/S: Bahagiamu Deritaku is now playing.
No comments:
Post a Comment