Aku Terima Nikahnya...

"Aku terima nikahnya ...... dengan mas kahwin RM tutttt Tunai."



Assalamualaikum. Haaa intro je dah 'Aku terima nikahnya....', amboi class betul. Dah tak sabar sangat ke nak habis belajar? Muahahahah. Yang penting ma dengan abah haku tak payah risau sebab niat sekarang memang nak belajar tinggi setinggi tingginya. Nampak tak tinggi macam mana tu? POYO.

Sebenarnya.............Haaaaaaaaa haritu kan gua pergi Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sebab nak pergi menghantar uncle gua nak nikah. Gua panggil dia Ayahchik, so automatic bila ayahchik dah kahwin, bini dia aku panggil mokcik. Hahahah kelakar kan? Ayahchik suruh panggil achik, Tok tak bagi. Aiyokkkkkkk!! :p

Tak plan pun nak pergi petang Jumaat. Sebab ingat nak pergi malam, dengan aunty belah abah. So pergi dengan Luqman & Debby sekali. Tapi plan bertukar 360 darjah so pukul 1.20 petang, hari Jumaat baru plan. You guys boleh bayangkan tak kelam kabutnya macam manaaaaa? :O Punya lah terkejar-kejar nak packing. Sebab ingat nak gerak malam. So baju semua tak packing lagi. Ah sudah. Dengan laksa Johor yang mama masak pun tak siap lagi. Ha. Dengan Luqman & Debby still lagi dekat sekolah. Boleh bayangkan tak macam mana gua kemas packing sorang-sorang? Fuhhhh. Tu belum packing untuk keluarga akan datang muahahahaha. Pancit seketika.

Habis je packing, bawak turun bag besar gedabak macam nak pergi travel berbulan-bulan tu masuk kereta. Sebelum tu isi minyak dulu. Tak dak minyak mana mau jalan? Terus amik Debby and Luqman dah check out dari sekolah dia dengan jayanya. SENDIRI. Nampak tak yang dia sangat semangat nak balik hahahah. K. Masuk-masuk barang semua. Settle. 

Terus gerak pergi seksyen 13, tunggu Pak Njang*grrr tak tahu eja*. Mula-mula semangat lagi gua nak drive jejauh macam tu, lama-lama aku jadi lemau. Sebabnya, bila dah masuk Negeri Sembilan, nak menyampai ke Batu Kikir tu bapak jauh. Boleh jadi tension kot tak nampak nampak signboard nak ke Batu Kikir hehe. Dengan Luqman asyik sibuk dengan game dia. Debby? Debby tidurlaaaa. Mihmihmih.

Boleh expect tak apa gua rasa masa nampak signboard Batu Kikir? Fuhhhhhhhh lega weh. Hahaha. Sampai je sana, pekena lempeng Batu Kikir mari. Sebenarnya tak lah suka sangat lempeng, tapi lempeng haritu sedap pula hehe. And kat sini aku nak mention yang Negeri Sembilan most wanted yawww. Ceh tak lah, Negeri Sembilan panas. Suhu malam pun 31. Bayanglah. Macam tengahari je kan?

*SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP*

Hari sabtu bangun 6.30 pagi. Tok buat breakfast. Ada laksa Johor, temosa (Sejenis kuih berbentuk bulat yang sangat sedap. Isi dalamnya ada ikan & telur. Kulit luar macam karipap). Secret recipe Tok memang sedap-sedap. Tok buat telur goreng masak sambal pun dah terliur bak hang. Macam mana tu? Hehe.

Me: Ayahchik nervous tak? Hehe
Ayahchik: Nervous lah *gelak*

Patutnya pukul 9 pagi tunang, pukul 10 nikah. So weolls pun sampai tepat masa and bila tang nak nikah tu bapak ah. Malas nak bukak cerita. Adat adat adat adat adat adat adat adat adat adat adat. Yayyy. So proceeeeeed! Gambar tak keluar lagi, ni je gambar yang ada dekat facebook ayahchik & mokcik. Hehe. Enjoice!

Haaaa. Before that, baju Ayahchik & Mokcik diimport dari Mesir kekeke. So ada Arab style di situ hehe.

Gambar masa tunang. Masa nak nikah tukar tudung hee. Ni apa yang aku agak sebab masa tunang aku tak ikut sekali.

Sekali pandang Mokcik kan, macam Haliza Misbun. Betul tak tipu huhu.








Betul tak aku cakap? Muka macam Haliza Misbun wwuuuuu. Maybe dah terlambat untuk ucap Selamat Pengantin Baru carakuca carakucacacaa cehwah! May Allah bless and congratulations on your new life together :)

Dengan ini secara rasminya saya mengesahkan bahawa my first year is over. Yayy for me.

Adios. Marios. Tagios. Haip!!

P/S: Tak sabar tunggu pukul 9 malam. Sebenarnya Saya Isteri Dia... Angkat tangan siapa tengok juga hoho

No comments:

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...