Satu Kejadian Yang Merubah Semuanya

Assalamualaikum an Hi.

Kenapa mengada sangat ni? Kenapa? Kenapa? Hmmmm. Motif please? Haha.


Alkisahnya macam ni. Boleh kata sebelum belum ni Raja merupakan orang yang paling susah nak sakit dalam family lah. Memang sangat susah. Tapi sejak form 3 2009, ada satu hari tu, memang rasa pelik sangat. Bermula daripada gatal dekat muka, memang merah sangat. Menahan je nak garu. Ish ish. Makin lama gatal tu makin merebak ke satu badan. Haaa sudah. Mula jadi gatal-gatal tu lepas rehat. 

Masuk je class, haa terus memang tergaru-garu muka. Lepastu benda tu hilang kejap tau. Masa nak dekat-dekat balik kegatalan tu makin kerap. EH? double meaning sila buang ye. Hehe. Dari ke muka, sampai lah merebak ke satu badan. Korang boleh bayangkan tak bila gatal dekat tangan tiba-tiba muka gatal, leher gatal, kaki semua gatal-gatal. Bergaris-garis kulit sebab garu kuat sangat. Lepas mandi pun still tak hilang gatal tu sebab ingat hama. 

Malam tu pergi klinik, memang tengah gatal sangat masa tu. So memang tak boleh nak duduk untuk tunggu giliran. Bayangka ada 7 orang lagi, tapi rasa macam lama sangat sebab main lama makin nak garu, garu dan garu. Jumpa doctor pun doctor just bagi ubat sapu yang liquid tu. Bila sapu putih je badan muka semua hehe. Pon ti anak dah. Hiks. Membantu sikit je. So memang tak boleh nak buat apa, paksa diri untuk tidur juga nak tak nak. Alhamdulillah, selamat tidur. 

Keesoka harinya, kegatalan tersebut menyebabbkan Raja dapat MC dan dikecualikan untuk dicucuk rubella something Raja tak ingat sangat. Raja hanya boleh dicucuk seminggu selepas tarikh sepatutnya yang ditetapkan untuk budak form 3 mendapat injection. Masa cucuk tu ada budak lelaki meangis mata berair menahan sakit. KATANYA!!!! Haaa Hahaha. Tapi memang sakit cucuk tu. Masa cucuk tu tak berapa sakit, bila dia nak arik keluar tu, macam tertarik sekali dengan daging-daging. Gimana rasanya ya? Haaa budak form 3, bersiap sedialah :p

Disebabkan kegatalan tahap maksima tu, sekarang Raja banyak sanga pantang larang. Sangat-sangat banyak. Kadang-kadag bila orang tengok mesti diorang akan terfikir 

"ee, mengadanya. Tu tak boleh, ni tak boleh. Anak manja

Iools is sedih. Kenapa cakap macam tu? Hmmm. Bukan ta boleh, tapi keadaan yang memaksa. Aicehhhhhh. Sembang. Disebabkan kegatalan tu juga, sekarang Raja allergic dengan banyak makanan. Dan yang paling tahap maksimum bila Raja makan terus gatal, hidung berair, bersin boleh kira setakat ni 13 kali per mins.Korang boleh bayangkan tak kekerapan per mins tu? ye maybe sesetangah orang tak masuk akal. tapi macam tu lah cerita dia. Watlek watpis. Hiks.

Antara makanan yang Raja tak boleh makan sangat & keadaan yang tak mengizinkan izzzz : 

  • Udang kering
  • Udang
  • Kerang
  • Boleh kata segala seafood atuk seafood nenek seafood. (Kenapa tidak ikan? Arghhhhh)
  • Bau wap gosok baju
  • Bila jemur baju
  • Habuk
  • Wap panas (termasuk wap air panas mendidih)
  • Sofa yang bukan diperbuat daripada kulit (Nampak tak kedemand-nan aku di situ? Kah kah kah)
  • Aircond sejuk sangat
  • Bau terperap
........... zzzzz dan banyak lagi. Raja pun tak ingat hehe. Lepas je gatal-gatal tu, memang banyak sangat tu tak boleh, ni tak boleh. Macam-macam kan? Mesti akan terlintas "eee mengadanya". Alahhh kesiann lah dekat diriku :( Dari 2009 hinggalah sekarang, 2013, dah banyak sangat penyakit yang Raja dah rasa. Sakit masa awal tahun 2010, 3 minggu lepas tu tonsillitis pula. Lepastu sekarang, boleh kata tiap-tiap bulan mesti demam. Demam paling teruk sampai tak boleh nak bangun langsung masa awal January tahun lepas, 2012. 

Setiap hari akan selsema. Sama ada teruk atau tak. Package dia sekali dengan gatal mata. Haritu ada juga jumpa doctor, dia cuma cakap mata Raja kering. Hmmm macam mana? Dah minum air pun still kering. Dia suruh pakai eyemo tu. Tapi macam risau pula nak pakai. Mula-mula gatal sikit-sikit, ala manja-manja gitu. Lepastu sampai merah sangat mata dan sedikit bengkak. Nak genyeh kuat sangat tak boleh, boleh rosak mata. Kan?

Apa solution yang boleh Raja buat untuk hilangkan semua penyakit ni? Bila tanya kawan, ada yang cakap resdung. Tak mungkin..

P/S:  Kegatalan hidung tahap maximum sedang berlaku. Marilah sama-sama kita berjuang menempuhi peperangan mental yang sedang berlaku hihi.

No comments:

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...