Di sebalik 28 February 2013, telah berlaku satu insiden!

Assalamualaikum. Poon poon poon entry ini sudah lama diperam sehingga hampir menjadi "entry pekasam" Halaamak. Sorry makcik, I baru nak post entry pasal you. Hiks. Kita bagi makcik hot ni lalu kejap. Enjoice dengan beberapa keping gambar makcik ni dulu. Jangan lebih-lebih ha. 

*sorry Jannah. I telah "mencuri" gambar mu dari fesbuk mu.*

*picture MIA*


" Happy Birthday to a true friend! You are such a special blessing to me and I want to wish you a birthday filled with love, laughter and the things you enjoy most. "

Okay berbalik kepada tuan punya hari jadi. Act sebenarnya tak rancang pun plan sampai nak bagi hadiah or else kan pah kan? Haaa. Ceritanya begini.... Jeng jeng jeng. *sila cuak* 

Hari Khamis minggu lepas bersamaan 28 Feb 2013. Birthday makcik ni 27 Feb. Lewat sehari kenapa ye dop? sebabnya Rabu tu weolls tak free untuk keluar. Class dari 8 pagi sampai 9 malam. Takdelah straight tu ada class. Tapi tak best lah kalau keluar happy-happy tiba2 nak gegas rushing balik untuk kejar next class. Oh pelissss. Tak nampak kesukaan di situ. Noted.

K hari Khamis tu right after class, terus shoot pergi Section 17 untuk sewa kereta. Gerak dengan Adriana, Jannah and Pah. Plannya berlima, tapi Yana iools amik after amik kereta sewa dekat sec 17. Sebab teksi tak muat. Kitaorang sewa kereta myvi. Lagi best lah. Haha. Kannn tu cerita dia. Then lepastu iolls dengan Jannah pergi isi minyak kereta sementara Adriana & Pah menunggu. First thing first isi minyak dulu sebab minyak dia dah kelip-kelip. Siapa pakai myvi tahulah kelip-kelip dia macam mana. K I iz isi minyak 30 hengget. Peh, bila Adriana dengan Jannah dapat tahu I iz isi minyak banyak tu, dua-dua bising macam mak-mak uolls. Yang hanya boleh menyelamatkan keadaan ialah Pah je ha. Jannah siap cakap "nanti sampai Ikea tak yah tutup enjin, biar minyak jalan". I iz tergelak hahahah. Aduhai, terima je lah.

So bila kereta dah ada, minyak pun dah isi. Weolls bergerak dengan senang hati. Ehhhhhhh tunggu. Kita amik Yana dulu. Jom. *Vroom Vroom* wempits ahaks. *sila lempang*

Yana pun dah amik, terus gerak Federal Highway. Pergi Ikea ikut Federal. Naa sayang lah tunjuk jalan. Sebab selama ni Raja pergi Ikea ikut NKVE masuk Damansara. K jalan baru untuk ke Ikea hehe. Sampai je sana, first fikir nak makan meatball. Memang niat nak pergi sana hanya semata-mata untuk makan meatballs. Then boleh bayangkan tak apa yang terjadi? *bunyi drum + trumpet*

Kak Irine, pinjam gambar untuk blog :)
 Bolehlah tengok Kak Irine di Instagram : Irine_Nadia

Memang muka frust gila. Memang tak tahu nak cakap apa. Memang memang memang memang memang gua frusttttttttttt cerita dia sekarang. Memang muka tak tahu nak bagi expression apa masa tu woi. Blerghhhhhh. Kentalkan hati, cehhhh. Gua lek je lah haha tapi serious ah frust tu ada. Rugi tak tengok Insta Kak Irine. Hm. Yang lain semua makan chicken mende tah. Iools sorang je makan Fish and Chip + Chicken Wing 2 ketul. Hehe. Banyakkan? Tu lah cerita dia. Memang Raja kosongkan perut daripada pagi semata-mata nak makan meatballs tapi? Hm k tak nak dengar.

Right after lunchie di Ikea, straight pergi Setia Alam. Plan nak pergi Setia City Mall. Tapi Adriana dah muak pergi Setia City Mall. Katanya. Hehe. Lepastu Adriana drive pergi rumah sepupu dia. Haaa Perjalanan pergi aku drive, balik Naa drive. Hiks. Bapak tercabut jantung aku rasa. Kuat pecut minah tu. Peh. Raja marah dia tak pakai seatbelt. Kah kah kah. Dengan Raja takde main-main ye naik kereta. Seat belt kena dan wajib pakai. Harap maklum. Hihi.

Lepas je hantar Adriana atau lebih dikenali sebagai ad ad atau Naa, Terus straight pergi SCM. Sampai je kat sana memang tak plan hape. Plannya Pah nak cari guitar. Tapi lain yang jadi. Haha. Raja dengan Pah plan. Last minute plan sebenarnya. Macam ni.

"Pah, jom kita cari hadiah untuk Jannah. Masuk H&M. banyak choice."
"Haaa okay boleh boleh"
"Awak suruh Yana 'pegang' Jannah sementara kita cari something untuk birthday dia"

Weolls pergilah dekat diorang. Masa tu Yana dengan Jannnah tengah tengok accessories. Yana memang minat dengan accessories tu. So lepas je Pah cakap dengan Yana, Raja dengan Pah terus lari pergi H&M. No-So-Lari lah kan. Bergegar Setia City Mall tu karang hahaha.

Masuk je H&M terus rambang mata. Niatnya nak cari something untuk Jannah, youolls tahu, Ioolls yang rambang mata hahah. K teruskan mission nak cari baju untuk Jannah. Ya Allah susah gila. Badan dia kecik gila memang susah sangat nak cari woi. Perghhhhhhhhh pening kopala den dengan Pah. Dannnn kitaorang ada terjumpa satu baju ni. Minta-minta lah muat. Memang dah buat keputusan nak beli baju tu. Ada satu kejadian yang tak diingini berlaku apabila Jannah tiba-tiba masuk dalam H&M cari kitaorang. Peh. Tak fikir panjang, Raja terus ajak dia pergi MNG kat depan tu untuk cari bag.  Hehe tapi sorrylah, Raja memng tak pandai nak act. Jannah dapat hidu something. Hehe. 

Mission untuk beli hadiah Jannah : Berjaya!!!

Lepastu perut pun dahagakan Chatime. Hmm terus je pergi. Memang wa lapaq habis masa tu. 


Rasanya ni je kot gambar yang sempat tangkap. Hmmm  I iz sedih kan? Hm. Masa ni Naa dah call, tanya kat mana. Dia dah tertidur-tidur main dengan Hayden. Haaa  Hayden comel gila okay. Mesti masa besar dia handsome. Konon malu-malu. Eeee. Amik je Na, terus straight balik Shah Alam. Shah Alam aku datang!!

Amboi macam jauh je kan? Poyo tu semua. Naa dah penat, so hantar dia balik sementara weolls sambung lagi jelajah ke Ayam Penyet. Pah dahagakan nasi katanya. Hehe. I dahagakan cake. Oh pelis. Bila Raja sampai Secret Recipe section 18, hmmm sekali lagi hampa. Cheese choc tak adaaaa :( Chocolate Indulgance je ada. Sebat ajaa yuk.

Habis je Jannah & Pah makan ayam penyet nyet diorang, terus ke Plaza Masalam. Orang ingat nak makan dekat Nyonya atau The Windmill. Tapi tiba-tiba tekak hanya boleh terima Takoyaki. Peh meleleh gua tengok. Panas-panas, extra mayo, extra sauce. Blerghhhhhh sedawa. Memang sedap tahap dewa please. Tak senonoh betul.

Rasanya jari ni  boleh dah stop menaip sebenarnya. Penat weh. Jujur dari dalam ulu hati. Hiks. Havve naise day ya. See ya. Adios Marios Tagios. Bye *lesap*

P/S: Hari ni umur genap 19 tahun. Wish yang paling Raja tak leh terima iz daripada adik sendiri. Ada ke dia wish "Happy Birthday Raja". Pehhhhhh ingat kakak dia ni stock-stock kawan dia? Oh pelisssssssssss.

No comments:

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...