Assalamualaikum. Kita bertemu lagi. Raja cikebum cikebum hiks. *sila lempang*
Mesti pelik kan kenapa tiba-tiba antry kali ni mengenai tonsil? Korang tahu ke tonsil tu apa? Korang ada ke tonsil? Cuba jawab sekarang. Sekarang. Hehe tak lah. Nampak tak Raja garang hahahaha *gelak besar*. Sebenarnya, bak sini murid-murid Dr. Raja nak terangkan pasal tonsil. Duduk tegak semua. Jangan ada yang membongkokkan badannya. "Cehhhh poyo lebih aku ni" Haha.
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
1) Adenoids : Tonsil yang terletak di belakang hidung
2) Lingual Tonsils : Tonsil di belakang lidah
3) Palatine Tonsils : Tonsil di tekak ( yang selalu penyakit ini datang kpd Raja pada awal dan akhir tahun :( )
*credit to Google
Setiap kali rasa sakit Palatine Tonsils ni Raja memang takkan makan atau minum dan kalau boleh elak nak telan air liur pun memang Raja akan elakkan. Sebab sakit dia tahap SuperB. Bukan sakit tekak biasa setakat tekak merah, ni package dia : Sekali dengan bernanah. Nak tengok tak rupa tekak mereka yang hidap penyakit Palatine Tonsils ni? Siapa yang geli sila scroll ke bawa dengan lajunya. Cepattt.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haaa selamat kan dari tengok gambar tu? Hehe. Nampak je macam tu tapi sakit dia memang tahap superb. Masa mula-mula dapat penyakit ni masa form 4. Ceh 'DAPAT' haha. K masa tu form 4. Ingatkan tak ada apa-apa yang serious. Tapi first jumpa doctor masa form 4 tahun 2010 tu, doctor cakap kalau infection dia teruk kena potong buang. Masa ni tak amik serious pun sebenarnya sebab ingat doctor main-main. Nak nak pula masa tu abah ada sekali. Abah Raja jenis yang kalau sakit tangan, 'Haaa nak kena potong tangan tu'. Dia gurau-gurau kalau macam tu. Tak tahu pula bila pasal tonsil ni bebetul wa tak percayalah huhu.
Sakit dia? Rasanya memang sangat sakit. Bayangkan lah nak telan air liur peh memang perit sangat sangat sangat. Nampak tak tiga kali sangat dekat situ? Uhuk uhuk. Ni kan pula nak minum air, bercakap dan semua yang menggunakan nak menelan. Masa first kena tu masa hari sekolah. So bila dekat sekolah kita tak boleh nak bercakap. Kalau bercakap pun orang takkan faham so baik diam tak payah bercakap. Memang sadis lah hidup masa tu. Kalau Raja bercakap masa tu, kawan-kawan akan meng ajuk-ajuk cara Raja bercakap.
Ubat? Hmmmm ubat ye. Huks. Nama ubat Raja tak tahu. Tapi bila makan ubat tu, terus surut nanah dekat tonsil tu. Errr geli kan? Yeee sangat geli. Yerrrrr haha. Pernah terfikir nak buang tonsil tu dengan cara buat pembedahan. Sebab, makin kerap tonsil tu datang sebenarnya mengganggu juga. Macam Raja, 2 kali setahun mesti sakit tu datang. So sampai tahun lepas, ada dalam dah 6 kali kena. Huhu. Peritnya. Tapi parents tak bagi har har.
Ceritanya macam ni, haritu Raja pernah lah cakap dengan ma Raja, nak buang tonsil tu dengan pembedahan. Lepastu beberapa hari kemudian, ada ternampak helaian kertas atas meja yang menarik minat untuk Raja baca kertas tersebut. Tahu tak apa dia? Pengalaman pembedahan pembuangan tonsil. Yeeeeerrrr I iz zakitz like tutttt.
Raja tak tahu kat mana abah Raja cari article tu. Tapi ni ada satu article yang boleh tahanlah. Pengalaman buang tonsil. Tapi tak sengeri dengan apa yang Raja baca dulu, Huhu lagi sakit sampai orang tu kena buat pembedahan semula uhuk uhuk. Ni entry nya . Dalam entry ni ada satu gambar tonsil yang telah dibuang. Beranikan diri anda ye. Hehe.
Okay enough said. I iz banyak assignment yang tak siap lagi. Tutorial lagi. Hehe. Adios Marios Tagios Haip! :D
P/S : Sedang melayari bahtera kelaparan yang baru tiba. Hiks.
No comments:
Post a Comment