Throwback Form 5 Part 1

Assalamualaikum and Hi.

WARNING: ENTRY PANJANG SANGAT, SILA PATAH BALIK SEBELUM TERSESAT DALAM DUNIA AKU :p  




Seram tak? hahaha. Ehem nak throwback form 5 nampak. Jeng jeng jeng. Nak mula yang mana dulu ni? Cerita dari first masuk sekolah tu okay? Bosan sikit lah tapi. Kalau tak nak bosan, tutup tab blog ni cepat-cepat tau. Hee. Ni semua pasal jumpa tadi lah ni. Pastu dah tercakap dekat instagram punya pasal. Penat tak penat, malam ni nak gagahkan diri jugak at least satu entry hapdet. Kita cerita pasal masa form 5 okay? ;) Kalau boleh nak cerita semuanya, kalau larat nak taip pepanjang. Fighting Ain fighting!

Okay sebenarnya macam ni. Masa form 5 kena pindah sekolah sebab parents nak pindah Shah Alam. Before this sekolah and stay dekat Wangsa Maju. 4 years kot sekolah kat Wangsa Maju, tetiba kena pindah. Like whatttt? Siapa yang nak? Ex boifren pun sekolah situ. Kakaka lawak ah. Pastu masa last week sekolah tu, masa assembly aku nangis sebab sedih. Pastu kawan-kawan aku lagi cucuk kacau-kacau, aaa sedihnya. Hahaha padahal cikgu cakap untuk budak form 5. Kita yang form 4 ni terasa sebab nak pindah dah next year. Huuuu. Aku pun pindah, dengan hati yang tak rela. Tak rela ye.

Masa first day sekolah..........

First day sekolah dah datang lambat. Dalam pukul 9 lebih sebab mama settlekan adik-adik dulu. Kita yang first day jugak ni pun berangan lah 'kalau tak yah sekolah harini alangkah indahnya dunia' hehe.




 Last-last mama sempat jugak daftarkan aku kat sekolah tu. Hew. Maaaa maaa.

So my first day was likeeeeeee hmmmmm. Masa mula-mula jumpa cikgu yang incharge untuk form 5, terus mama settle and tinggalkan aku dengan cikgu tu. Nama cikgu tu aku dah tak ingat. Sorry cikgu hehe. CIkgu class aku nama dia Cikgu Anita, merangkap cikgu account aku yang aku selalu tidur time class dia. Hehehehe. Tapi yang penting masa tu rasa nak nangis kena tinggal dengan mama. Padahal dah cukup besar boleh handle sendiri kot. Hahah mengada sangat masa tu.

So naik lah class tingkat 2. Nasib baik bukan tingkat atas sekali. NASIB! Masuk-masuk je class, ada cikgu Physics kat dalam. Class tengah bising jugaklah masa tu. Masing-masing tengah story dengan kawan-kawan masa tu. Bila aku masuk je semua diam. Belum letak bag letak apa, cikgu dah suruh kenalkan diri. I was like dengan termengah-mengah kenalkan diri.


Comel sikit dari ni kahkahkah

 Masa tu memang konfiden level rendah, nak cakap pun nervous. Bila jawab soalan baru pindah dari kl, adalah yang cakap camni, "wuuu budak kl woo:. Hahahahah sepak kang tau la. K gurau :p

Aku pun amik lah seat, duduk depan sekali. DEPAN MEJA CIKGU. Say what?!! Hahahahahahah ye betul tak tipu. Kahkah. Tiba-tiba ada pengawas approach aku. Aku panggil dia Yam. Keladi? Ha ah dia lah tu:p Sorry Yam hihi. Lepas dia tegur aku, terus dia tukar tempat and duduk sebelah aku sampai habis form 5. Aku dah lah anti dengan pengawas sebenarnya. Kahkahkah. Sebab kat sekolah lama aku sangat-sangat tak suka pengawas. Walaupun aku pernah je jadi pengawas. Percubaan. Hehe. At first tu awkward gila. Serious tak tau nak buat apa. Sebab budak-budaknya 'baik' sangat. Tengok-tengok haaa tu nanti kita cerita. First day okay okaylah. So berjaya jugak first kat sekolah baru.

Second day, aku datang sekolah by van sekolah. Oh ya, after 4 years kena naik van sekolah balik sebab takde siapa sempat hantar aku pergi sekolah. Cedih kan herher. Balik pun mama amik pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 :/ Masa datang tu kita tak tau apa-apa, so tegurlah ada dua orang ni. Tegur and borak-borak jap, dorang pun budak baru macam aku jugak. Soranga namanya Fatin a.k.a Kay, sorang lagi Tasha. Dorang budak class sebelah, class kedua. Aku class ketiga. Dorang amik pure science. Aku amik science account. So lepastu dah ngam, terus rapat sampai habis sekolah :')

Okay lek lek. Tu baru aku cerita macam mana aku dapat kawan kat sekolah baru. Belum lagi masuk part lain. Hiks. Masa form ni, aku ada satu habit. Habit kuat tidur dalam class. Meja sekolah tu aku nampak and rasa macam ni. Korang mampu? hehe



Tak kisahlah apa pun subject, janji bukan subject Sejarah and Add Maths. Nak tau apa jadi kalau tidur time dua-dua cubject tu? Cubalah kalau berani :p Subject bm, bi, maths, agama, chemis, physics, account semua tu aku selamba je tidur. Yam pun tau, kalau aku dah start letak kepala atas meja tu memang konfem tidur. Tak pernah tak konfem hew. Dekat lab pun aku boleh tidur. Dengan jayanya :p Paling masyuk tidur ada sekali ni, hari khamis. Sehari sebelum tu, kitaorang form 5 and form 3 ada ceramah motivasi dari pagi sampai petang kat dewan sekolah. So memang penat sangat, esok tu datang sekolah dari first subject aku tidur dengan jayanya sampai rehat. After rehat sambung tidur balik. Boleh kata seharian aku tidur kat class. Huhu.  Dah lah duduk depan meja cikgu. Betul-betul bertentang dengan meja cikgu ni. Haaaaa style kan hihi. Korang mampu? Hihi. Tapi tu lah aku  masa form 5. Pantang ada masa atau tengah cikgu mengajar boleh je tidur. Ampun cikgu ampun. Huuu

Next, aku ada satu habit  jugak dekat sekolah lama. Aku tak boleh nak melekat dalam class. TAK BOLEH.  Aku suka merayau. Sampai pernah kena kerjar dengan Pn. Jun. Penolong kanan kot. Tah tak ingat. Macam tak boleh nak duduk lama-lama. Ada je cara nak keluar dari class. Masa form 4 class dah lah hujung dunia. Memang pintu belakang tu kunci, so that pintu depan je lah boleh guna kan. Aku akan cari alasan untuk keluar dari class. Tu kalau cikgu ada, kalau cikgu takde haa memang sekolah tu aku punya. Ajak lah kawan merayau tawaf sekolah. Tapi bila sorang nak ikut, sorang lagi konfem nak ikut. Apedehal. Meh meh kita tawaf sekolah ramai-ramai. Hahaha yes. Tawaf sekolah. Baguskan? Pastu siap ada RnR kat sekolah which is kantin sekolah. Singgah kantin beli stok nak makan dalam class, uish bahagia hidup. Paling best hari Isnin. First lesson Physics. Lepastu Add maths tau. Satu class pakat nak masuk lambat class add maths :p

TAPI

Bila masuk sekolah baru ni, semuanya berubah 360. Aku masuk class on time je lepas rehat. Jarang lambat sampai cikgu masuk dulu dari aku. Aku duduk dalam class je kalau cikgu takde, aku jarang nak pergi toilet. Sebab toilet dia jauh sangat and aku takut. Aku tak pernah singgah kantin untuk beli stok. Aku tak pernah sampai cikgu hantar budak class panggil aku dengan kawan-kawan masa tengah lepak untuk buat oral. Macam masa form 4. Herher. Kalau kat sekolah lama, jauh ke dekat takde hal. Tak pernah timbul masalah bagi aku. Hoho. Nampak tak, so bila aku tak dapat buat semua tu, aku manfaatkan masa aku dengan tidur. Tidur je dunia aku.  Macam tu lah kisahnya aku terjebak dalam dunia tidur :')

Wait. Macam penat je dah nak taip pepanjang macam ni? Cramp wooo jari. Hahahah over kan?! Later sambung okay, kita sambung part 2 pulak nanti ;)

Adios. Amigos. Babai!




No comments:

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...