Assalamualaikum and Hi.
Entry aku asyik main part part je ye? Hahaha penat weh kalau takde part. Lunyai jari iolls yang cun k tak gurau je :p Tapi it is okay lah, janji apa aku nak share sampai kat korang. Eh sampai ke? Herher.
Kalau perasan, entry sebelum-sebelum ni selalu pasal personal life aku kan. So now, untuk entry kali ni kita keluar sikit. Kita round round Shah Alam nak? Siapa nak ikut me pusing-pusing? Put your hands up put your hands up!! *Tiba tiba pulak lagu 2pm Hands Up dalam kepala*. Baik sikit, iolls tak minat kpop k. Jangan bash hahahahaha.
"NAK MAKAN KAT MANA?"
Boleh jadi stress macam ni.
Hahahahahahahaha tipu je! :p
Peh kalau nak tau, soalan ni lah soalan paling popular selepas waktu class. Perut masing-masing lapar. Belum habis class lagi ni, dah kena fikir "nak makan kat mana?". Simple je kan nampak? Tapi punyalah susah nak jawab macam kena essay 10 pages. Memang susah sangat nak jawab. Susah kan? Haaa faham pun. Kadang-kadang nak discuss makan kat mana pun sampai 30 mins - 1 hour.
Disebabkan aku belajar kat Shah Alam, tinggal pun dengan family kat Shah Alam. Aku bagi kedai-kedai kat Shah Alam je hehe.
Kalau siapa yang tak tau, Shah Alam sebenarnya banyak sangat-sangat tempat makan yang best. Tapi disebabkan dah terlalu banyak pilihan, aku dengan kawan aku merangkap girlfren yang sangat memahami cehhhh hahaha k sambung. Tak tau nak pilih makan kat mana. Macam-macam tempat dah kitaorang try tapi takde tempat yang nak datang sampai berulang kali. Sentiasa nak cuba tempat baru. Kiranya macam takde satu makanan yang boleh buat weolls datang berulang kali. Hmmmm musykil tak? Eh tak. Gurau! :p Adalah a few, nanti aku listkan. Herherher *gelak gaya FeiMau*
Now meh aku nak bagi list tempat-tempat makan yang korang kena cuba. Student lah for sure. Lagi-lagi intake baru Unisel, eceh nak mention je Unisel je kebelakangan ni ek. Dah final sem baru nak sayang Unisel ye hehe. Yang tak tau nak cari tempat makan kat mana kalau bosan dengan makanan cafe, ha meh sini datang sini cepat. Ahkak nak cerita ni. Aku pun baru dua kali pergi cafe haha. List mana yang ingat je okay? ;)
1) Food Court Seksyen 2, Shah Alam
Tempat ni sebenarnya femes jugak untuk budak UiTM and Unisel. Sebab nya murah and ABC kat situ sedap sangat. Pegaga ABC kalau tak silap. Nak mintak extra apapun boleh tak kena charge pun. Tak tau lah sekarang sebab dah lama sangat tak pergi. Hehe. Been there for only 3-4 kali je dalam 20 tahun ni kahkahkah. Nasi campur pun banyak kedai ada kat situ, makanan panas semua ada, Tapi yang penting memang murah lah. Murah murah mai mai.
2) Ayam Bakar Mas Mono, Skesyen 7, Shah Alam
Location dia senang je, dekat dengan BATA seksyen 7. Deret-deret tu saje. Atas dia banyak butik. Haa ni pun tempat feveret jugak. Aku selalu pilih nasi set ayam bakar je. Without tempe and tauhu. And sambal dia boleh tahan pedaslah.Kadang-kadang orderla jus alpukat. What? Alpukat? Gagagaga yes. a.k.a avocado juice. Hehe. Tapi aku terpaksa batalkan niat untuk order air tu. Nanti sa bising geli lah apa lah err errr hahahaha.
3) Ayam Penyet AP, Seksyen 7 Shah Alam
Location deret ayam bakar Mas Mono. Dekat corner je. Okay secara sebetulnya. Entah betul ke tak ayat hehe. Aku tak suka sangat ayam penyet. Sambal memang superb pedas kebanyakkannya. Mana guwe tahan. Nak nangis sot set je masa makan huu. Kalau Ayam Bakar Mas Mono dia ada kicap atas meja, Ayam Penyet AP takde herher. So basically memang makan ayam dengan nasi and sayur je. Sa pun kurang and tak suka dengan ayam penyet. Memang jaranglah kitaorang nak suggesteach other untuk lunch ayam penyet.
4) Nasi Ayam Mais, Seksyen 3, Shah Alam
Location kat Mais Seksyen 3, belakang McD. Tempat memang senang sangat nak cari. Kalau masuk ikut pintu belakang, korang straight pastu cari parking terus. Kedai tu betul-betul belah kiri. Banner kaler oren. Mega Sup Utara ke apa nama nya. Ampun kalah salah hehe. Kedainya dekat corner tu je. Berhadapan dengan kedai dobi pink. Kat sini nasi ayam memang sedap superb sangat sangat. Sup dia pun sedap. Kalau nak amik sambal merah or kicap atas meja tu hati-hati, rasa dulu sikit. Sebab pedas dia boleh menangis. Minum pulak air suam. Macam putus cinta je menangis nanti hahaha. Ada banyak lagi menu, Mi sup, sup campur, sup tulang semua ada. One day nanti datang try kat sini okay? ;) Budak Unisel yang duduk kat Mais mesti tau tempat ni. Hehe
5) Nyonya Kitchen, Plaza Masalam Seksyen 9, Shah Alam
Ni satu lagi feveret. Fevret sangat. Kedai ni terletak kat pintu belakang Plaza Masalam. Memang nampak dari luar tu je. So apa yang best dekat sini? Hmmmmmm of course lah Nyonya Curry Laksa. Portion bessar sangat. So tiap kali kalau aku order, mesti cakap macam ni "nak Nyonya Curry Laksa tapi nak kueytiaw. Kueytiaw tu nak sikit je, yang lain semua macam biasa." Lepastu korang kenyit lah mata sikit macam ni ;) K tipu hahahaha. Selain tu apa yang sedap lagi ekk emmm sotong goreng, ayam pandan and kueytiaw goreng.
6) Pak Usu Steamboat, Seksyen 13 Shah Alam
Kadang-kadang bosan jugak asyik makan makanan yang lebih kurang sama je setiap hari. So kadang-kadang decide untuk makan steamboat. Pak Usu steambot. Betul-betul berhadapan dengan kedai Pecal Lele Lela ke apa namanya. Simpang ke kanan sebelum PTPL Shah Alam, korang akan nampak kedai tu betul2 belah kiri korang. Banyak sangat choice. Ada laksa, nasi berlauk, ice cream hehe feveret!! kalau bahan-bahan mentah semua dekat luar, ada banyak sangat pilihan. Yang penting korang kena try marinate ayam and daging dia. Sedap tak tipu! Ha hahaha. Kita hanya boleh untuk berstemboat je kat dalam, kalau nak grill, bagi je dekat staff dorang, dorang yang kan grill kan untuk kita and hantar kat meja ;)
7) The Sumbs, Seksyen 7 Shah Alam
Tau Tesco Besar yang dekat MSU tu? Kan ada simpang ke kanan (kalau korang dari Seksyen 9), masuk ikut situ lepastu straight sampai jumpa kedai2 baru, masuk kiri and terus nampak The Sumbs. Entah korang faham tak denagan direction aku bagi hehe. Guna waze okay :p Actually sedih sikit nak cerita pasal The Sumbs ni. Hmmm tak pernah berpeluang lagi nak try. Haritu dah sampai kat situ tapi penuh sangat orang, tak best rasa nak makan hm. Mampu tengok gambar kat Instagram dorang je. Seacrh Thesumbscafe . Korang usha-usha dulu menu before pergi, niatkan kat hati nak makan apa. Hahahahah takut karang semua korang order kekeke.
Lagi satu, kalau aklu dengan Sa nak makan, weolls tak suka pergi masa lunch hour walaupun tau, keadaan perut masing-masing lapar. Hewhew. So kitaorang akan lari ke Setia City Mall. Always. Hahaha. Nak tau apa dia? Kenalah tunggu hehe.
Tu je lah kot setakat ni kita pusing-pusing Shah Alam. Next entry aku update lagi tempat mana best makan dan puas hati okeng? Banyak sebenarnya tempat. Tapi tenaga jari untuk menaip tidak lagi berkuaa tinggi. Kahkahkah apa aku taip ni.
Okay last. Gambar tu semua dari Google je. Pinjam ye huhu.
Jumpa next entry okeng? Adios. Amigos. Babai ;))
No comments:
Post a Comment