2 Kejadian Dalam 1 Hari???

Assalamualaikum.

Teacher's Day atau Hari Guru dah pun lepas 2 hari yang lepas. Kot. Sebenarnya, dalam tarikh yang sama 16 Mei izzz birthday my school mates masa sekolah rendah. Nama dia Anis Assila. Haa dia pun anak cikgu. Apa yang aku ingat lah kan,  tak silap aku dia pernah mention masa sekolah rendah dulu yang birthday dia sama dengan hari guru. Sampai sekarang aku ingat kehkehkeh. Bangga sikit. Je.


Happy 19th belated birthday Anis. Aku tak tahu sekarang kau kat mana, but kalau one day kau ternampak post ni, khas untuk kau aku buat. Cehhh :p May Allah bless you and ease everything for you  Ameen.

Masuk pasal hari guru ni ha aku banyak cerita sikit. So maybe entry ni panjang sikit dengan kenangan masa zaman sekolah dolu dolu kala hiks. Aku mula bersekolah masa umur 4 tahun lagi. Nak tengok pandai atau tak, tengoklah hasilnya sekarang. Belajar last minute. Jangan ikut ye adik adik akak. Akak adik adik pun dah menyesal dah ni. Huhu

Throwback throwback throwback throwback throwback throwback throwback

Umur 4 tahun dah mula sekolah. Uolls boleh bayangkan tak? Nak dijadikan cerita, satu hari ni mak aku dulu kerja cikgu jugak. masa aku kecik-kecik dulu. sekarang dah beso. Biasalah cikgu kan. Ada satu hari tu, mak aku amik lambat ke macam mana, aku balik je sekolah aku cerita dekat abah yang mak tak sayang aku sebab tinggal aku kat sekolah atau amik lambat. Not sure lah ceritanya macam mana. Lebih dan kurang macam tu lah hehehe.

Masa darjah 1 aku selalu kena kejar dengan pembaris panjang yang cikgu-cikgu selalu guna dalam classs tu. Haa gua lejen masa darjah satu. Sebab kena kejar? Aku selalu siap kerja awal berbanding pelajar lain sebab masa cikgu duk tengah pot pet pot pet kat depan, tangan aku laju je menulis hehehe. Satu hari tu, cikgu class aku nama dia cikgu Atiqah. Habis kau tak cukup lantai nak lari sbb kena kejar dengan pembaris. Last-last cikgu amik buku aku. Huhu.

Darjah 2 pula apa yang membuatkan aku teringat sampai sekarang ada dua. Cikgu Norhayati yang garang gila gila tahap dewa punya garang & kena baca sifir depan class. Ok yang cikgu Norhayati tu kita hold dulu untuk cerita darjah 4, sekarang kita cerita untuk darjah 2. Cikgu maths masuk class mesti dia nak tanya anak murid dia sifir. Ye dok? Nama dia cikgu Rosni.Satu hari tu dia suruh baca sifir 6. Satu class tau kena baca sama-sama. Entah macam mana dia nampak mulut aku tak bukak. Padahal sifir 6 aku paling hafal. Pastu dia panggil aku ke depan. Memang naya habislah. And boleh expect something tak? Aku baca lancar gila okay :p

Darjah 4. Ha masuk darjah 4 ni aku dah sekolah pagi tau. So bila masuk sekolah sessi pagi ni liatnyalah nak bangun. Oh fyi, aku sekolah agama. Dari darjah 2 hee. So darjah 4 ni ada dua cerita. Sekolah agama & sekolah kebangsaan. Masa sekolah kebangsaan, aku pernah kena marah dengan cikgu maths sebab. Sebab apa? Aku dok bersembang pong pang pong pang dengan cik kiah kat sebelah padahal cikgu Sharyanti suruh buat pembetulan maths. Bapak cuak kauu. dia mengamuk memang garang gila lah. Bila semua kawan-kawan dah balik, aku still lagi dalam class buat corrections. Sedih. Haha. Salah sendiri. Dekat sekolah agama, aku dengan geng geng kira lejen sekolah kakaka. Pernah sekali kena kejar dengan guru besar sampai toilet sebab tak solat asar. Boleh bayangkan tak toilet yang sempit tu kitaorang share duduk rama-ramai semata-mata tak nak kena tangkap kekeke. Tak silap aku guru besar kot yang kejar. Ingatkan dah selamat bila kita solat lepas tu, kira tak jemaah lah sekali dengan students lain. Rupanya hujan di tengahari. Balik class, kena rotan dengan Ustazah Mimi huhu. Tu la nakal lagi kau.

Darjah 6 pula rasanya tak ada apa sangat yang jadi dekat sekolah kebangsaan. Sekolah agama yang aku lejen sangat hehehe. Ustaz class kitaorang, nama dia Ustaz Soen. Pakai Saga warna merah. Zaman aku tu tak wujud lagi Saga BLM, FLX tu. Mana ada. Saga bersegi tu je ada. Ustaz, kalau ustaz Google nama ustaz keluar link blog saya, ustaz baca lah yek :p Saya lah anak murid ustaz yang lejen sangat tu. Hee. Banyak woi kalau nak cerita. Summary je ye. Aku dengan budak-budak class suka mainkan ustaz. Ustaz pun layankan je kitaorang. Bila kacau ustaz, ustaz tak tau nak jawab apa, ustaz senyum je. Kadang-kadang kesian juga, taoi tu lah lumrah budak nakal. Bila sebut je pasal rehat. Memang tu lah benda paling best. Memang suka bila pergi canteen, lepastu kosong. Fuhh aman. Boleh dapat ketenangan. Pergi sekolah aku mana pakai tudung sekolah. Aca  aca lepastu nak pergi koko dekat sekolah kebangsaan, awal-awal lagi dah pakai tudung bawal :p Bila bab beratur, beratur paling belakanggggggggg sekali. 

So Alhamdulillah. Berjaya menamatkan sekolah rendah dengan jayanya dengan hanya mendapat 3A 2B.  Result PSRA sekolah agama sampai sekarag tak tahu apa sebab lepas je darjah 6 terus pindah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sekolah menengah nanti kita cerita. Tu lagi lah nakal tahap tak boleh dibendung. Kekeke. Kita jumpa dalam next entry okay? 

Thank you to all my teachers sebab ajar anak murid yang dari tak tahu apa-apa sampai sekarang dah masuk universiti. 
Tadika di Kuantan (1998),
Sekolah Rendah Islam Pintar, Kerteh (1999) 
Sekolah Rendah Islam Pintar (2000-2001), 
SK Seksyen 19, Shah Alam (2002-2006),
 SMK Seksyen 5,Wangsa Maju (2007-2010), 
SMK SSAAS, Shah Alam (2011), 
Unisel Shah Alam (current). 

Andd thank you cikgu Google sebab sentiasa ada bila saya memerlukan cikgu. Hehe.

Adios. Marios. Tagios. Haip!!

P/S: Bahagiamu Deritaku is now playing.

Aku Terima Nikahnya...

"Aku terima nikahnya ...... dengan mas kahwin RM tutttt Tunai."



Assalamualaikum. Haaa intro je dah 'Aku terima nikahnya....', amboi class betul. Dah tak sabar sangat ke nak habis belajar? Muahahahah. Yang penting ma dengan abah haku tak payah risau sebab niat sekarang memang nak belajar tinggi setinggi tingginya. Nampak tak tinggi macam mana tu? POYO.

Sebenarnya.............Haaaaaaaaa haritu kan gua pergi Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sebab nak pergi menghantar uncle gua nak nikah. Gua panggil dia Ayahchik, so automatic bila ayahchik dah kahwin, bini dia aku panggil mokcik. Hahahah kelakar kan? Ayahchik suruh panggil achik, Tok tak bagi. Aiyokkkkkkk!! :p

Tak plan pun nak pergi petang Jumaat. Sebab ingat nak pergi malam, dengan aunty belah abah. So pergi dengan Luqman & Debby sekali. Tapi plan bertukar 360 darjah so pukul 1.20 petang, hari Jumaat baru plan. You guys boleh bayangkan tak kelam kabutnya macam manaaaaa? :O Punya lah terkejar-kejar nak packing. Sebab ingat nak gerak malam. So baju semua tak packing lagi. Ah sudah. Dengan laksa Johor yang mama masak pun tak siap lagi. Ha. Dengan Luqman & Debby still lagi dekat sekolah. Boleh bayangkan tak macam mana gua kemas packing sorang-sorang? Fuhhhh. Tu belum packing untuk keluarga akan datang muahahahaha. Pancit seketika.

Habis je packing, bawak turun bag besar gedabak macam nak pergi travel berbulan-bulan tu masuk kereta. Sebelum tu isi minyak dulu. Tak dak minyak mana mau jalan? Terus amik Debby and Luqman dah check out dari sekolah dia dengan jayanya. SENDIRI. Nampak tak yang dia sangat semangat nak balik hahahah. K. Masuk-masuk barang semua. Settle. 

Terus gerak pergi seksyen 13, tunggu Pak Njang*grrr tak tahu eja*. Mula-mula semangat lagi gua nak drive jejauh macam tu, lama-lama aku jadi lemau. Sebabnya, bila dah masuk Negeri Sembilan, nak menyampai ke Batu Kikir tu bapak jauh. Boleh jadi tension kot tak nampak nampak signboard nak ke Batu Kikir hehe. Dengan Luqman asyik sibuk dengan game dia. Debby? Debby tidurlaaaa. Mihmihmih.

Boleh expect tak apa gua rasa masa nampak signboard Batu Kikir? Fuhhhhhhhh lega weh. Hahaha. Sampai je sana, pekena lempeng Batu Kikir mari. Sebenarnya tak lah suka sangat lempeng, tapi lempeng haritu sedap pula hehe. And kat sini aku nak mention yang Negeri Sembilan most wanted yawww. Ceh tak lah, Negeri Sembilan panas. Suhu malam pun 31. Bayanglah. Macam tengahari je kan?

*SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP SKIP*

Hari sabtu bangun 6.30 pagi. Tok buat breakfast. Ada laksa Johor, temosa (Sejenis kuih berbentuk bulat yang sangat sedap. Isi dalamnya ada ikan & telur. Kulit luar macam karipap). Secret recipe Tok memang sedap-sedap. Tok buat telur goreng masak sambal pun dah terliur bak hang. Macam mana tu? Hehe.

Me: Ayahchik nervous tak? Hehe
Ayahchik: Nervous lah *gelak*

Patutnya pukul 9 pagi tunang, pukul 10 nikah. So weolls pun sampai tepat masa and bila tang nak nikah tu bapak ah. Malas nak bukak cerita. Adat adat adat adat adat adat adat adat adat adat adat. Yayyy. So proceeeeeed! Gambar tak keluar lagi, ni je gambar yang ada dekat facebook ayahchik & mokcik. Hehe. Enjoice!

Haaaa. Before that, baju Ayahchik & Mokcik diimport dari Mesir kekeke. So ada Arab style di situ hehe.

Gambar masa tunang. Masa nak nikah tukar tudung hee. Ni apa yang aku agak sebab masa tunang aku tak ikut sekali.

Sekali pandang Mokcik kan, macam Haliza Misbun. Betul tak tipu huhu.








Betul tak aku cakap? Muka macam Haliza Misbun wwuuuuu. Maybe dah terlambat untuk ucap Selamat Pengantin Baru carakuca carakucacacaa cehwah! May Allah bless and congratulations on your new life together :)

Dengan ini secara rasminya saya mengesahkan bahawa my first year is over. Yayy for me.

Adios. Marios. Tagios. Haip!!

P/S: Tak sabar tunggu pukul 9 malam. Sebenarnya Saya Isteri Dia... Angkat tangan siapa tengok juga hoho

Final Exam

Hi Assalamualikum. I am back on th track. So this week tengah final. Actually dah 2 paper lepas. Miehehe.  Derhaka tak haku kalau tak update pasal final exam :p Tak terlambat lagi kot kalau nak ucap goodluck untuk mahasiswa dan mahasiswi Unisel. Raja 14 May habis tskk sedih lambat sangat habis, tapi alhamdulillah this semester iolls tak payah tutup gate kahkahkah.


Setakat ni Business Stats an Pro English 2 dah lepas. So besok 2 May paper Macro, naik cuti pilihanraya sambung dengan Pengajian Malaysia dannn Managerial Accounting. InsyaAllah boleh. Ni lah post yang paling poyo gua pernah buat sebab nak bagitahu semata-mata tengah final exam. Hiks. Sangat poyo ye sebenarnya. Sooo Unisel-ian marilah kita berperang habis-habisan. 

Oh ya, jangan lupa buat iDaftar bila iDaftar dah dibuka nanti, karang kena denda, haaaaa tak tahu. Lepastu kena beratur amik nombor ramai-ramai lepastu kena pergi unit exam lagi. Tak ke susahkan diri namananya? *Pesanan untuk gua jugak sebenarnya*

\Till we meet again, next post. Special entry untuk uncle gua yang baru je kahwin baru-baru ni. Check it out. 3 minggu lagi lah tapinya hahaha. Habis final dulu. Wah untungla kahwin je masuk entry gua, bila gua kahwin ada sesiapa tak nak buat special enrty sempena wedding kua? Hahahaha. *Gurau saja*

Adios. Marios. Tagios. Haip!

P/S: Botol kena goncang? Masa ni nak timbul macam-macam isu. Sedang buat revision macro sebenarnya, stop kejap. Watlek watpis. Wish me luck for  the next next next ya paper. Bye!

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...