Satu Kejadian Yang Merubah Semuanya

Assalamualaikum an Hi.

Kenapa mengada sangat ni? Kenapa? Kenapa? Hmmmm. Motif please? Haha.


Alkisahnya macam ni. Boleh kata sebelum belum ni Raja merupakan orang yang paling susah nak sakit dalam family lah. Memang sangat susah. Tapi sejak form 3 2009, ada satu hari tu, memang rasa pelik sangat. Bermula daripada gatal dekat muka, memang merah sangat. Menahan je nak garu. Ish ish. Makin lama gatal tu makin merebak ke satu badan. Haaa sudah. Mula jadi gatal-gatal tu lepas rehat. 

Masuk je class, haa terus memang tergaru-garu muka. Lepastu benda tu hilang kejap tau. Masa nak dekat-dekat balik kegatalan tu makin kerap. EH? double meaning sila buang ye. Hehe. Dari ke muka, sampai lah merebak ke satu badan. Korang boleh bayangkan tak bila gatal dekat tangan tiba-tiba muka gatal, leher gatal, kaki semua gatal-gatal. Bergaris-garis kulit sebab garu kuat sangat. Lepas mandi pun still tak hilang gatal tu sebab ingat hama. 

Malam tu pergi klinik, memang tengah gatal sangat masa tu. So memang tak boleh nak duduk untuk tunggu giliran. Bayangka ada 7 orang lagi, tapi rasa macam lama sangat sebab main lama makin nak garu, garu dan garu. Jumpa doctor pun doctor just bagi ubat sapu yang liquid tu. Bila sapu putih je badan muka semua hehe. Pon ti anak dah. Hiks. Membantu sikit je. So memang tak boleh nak buat apa, paksa diri untuk tidur juga nak tak nak. Alhamdulillah, selamat tidur. 

Keesoka harinya, kegatalan tersebut menyebabbkan Raja dapat MC dan dikecualikan untuk dicucuk rubella something Raja tak ingat sangat. Raja hanya boleh dicucuk seminggu selepas tarikh sepatutnya yang ditetapkan untuk budak form 3 mendapat injection. Masa cucuk tu ada budak lelaki meangis mata berair menahan sakit. KATANYA!!!! Haaa Hahaha. Tapi memang sakit cucuk tu. Masa cucuk tu tak berapa sakit, bila dia nak arik keluar tu, macam tertarik sekali dengan daging-daging. Gimana rasanya ya? Haaa budak form 3, bersiap sedialah :p

Disebabkan kegatalan tahap maksima tu, sekarang Raja banyak sanga pantang larang. Sangat-sangat banyak. Kadang-kadag bila orang tengok mesti diorang akan terfikir 

"ee, mengadanya. Tu tak boleh, ni tak boleh. Anak manja

Iools is sedih. Kenapa cakap macam tu? Hmmm. Bukan ta boleh, tapi keadaan yang memaksa. Aicehhhhhh. Sembang. Disebabkan kegatalan tu juga, sekarang Raja allergic dengan banyak makanan. Dan yang paling tahap maksimum bila Raja makan terus gatal, hidung berair, bersin boleh kira setakat ni 13 kali per mins.Korang boleh bayangkan tak kekerapan per mins tu? ye maybe sesetangah orang tak masuk akal. tapi macam tu lah cerita dia. Watlek watpis. Hiks.

Antara makanan yang Raja tak boleh makan sangat & keadaan yang tak mengizinkan izzzz : 

  • Udang kering
  • Udang
  • Kerang
  • Boleh kata segala seafood atuk seafood nenek seafood. (Kenapa tidak ikan? Arghhhhh)
  • Bau wap gosok baju
  • Bila jemur baju
  • Habuk
  • Wap panas (termasuk wap air panas mendidih)
  • Sofa yang bukan diperbuat daripada kulit (Nampak tak kedemand-nan aku di situ? Kah kah kah)
  • Aircond sejuk sangat
  • Bau terperap
........... zzzzz dan banyak lagi. Raja pun tak ingat hehe. Lepas je gatal-gatal tu, memang banyak sangat tu tak boleh, ni tak boleh. Macam-macam kan? Mesti akan terlintas "eee mengadanya". Alahhh kesiann lah dekat diriku :( Dari 2009 hinggalah sekarang, 2013, dah banyak sangat penyakit yang Raja dah rasa. Sakit masa awal tahun 2010, 3 minggu lepas tu tonsillitis pula. Lepastu sekarang, boleh kata tiap-tiap bulan mesti demam. Demam paling teruk sampai tak boleh nak bangun langsung masa awal January tahun lepas, 2012. 

Setiap hari akan selsema. Sama ada teruk atau tak. Package dia sekali dengan gatal mata. Haritu ada juga jumpa doctor, dia cuma cakap mata Raja kering. Hmmm macam mana? Dah minum air pun still kering. Dia suruh pakai eyemo tu. Tapi macam risau pula nak pakai. Mula-mula gatal sikit-sikit, ala manja-manja gitu. Lepastu sampai merah sangat mata dan sedikit bengkak. Nak genyeh kuat sangat tak boleh, boleh rosak mata. Kan?

Apa solution yang boleh Raja buat untuk hilangkan semua penyakit ni? Bila tanya kawan, ada yang cakap resdung. Tak mungkin..

P/S:  Kegatalan hidung tahap maximum sedang berlaku. Marilah sama-sama kita berjuang menempuhi peperangan mental yang sedang berlaku hihi.

Tonsillitis, Sakitnya Tahap Superb

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi. Raja cikebum cikebum hiks. *sila lempang*

Mesti pelik kan kenapa tiba-tiba antry kali ni mengenai tonsil? Korang tahu ke tonsil tu apa? Korang ada ke tonsil? Cuba jawab sekarang. Sekarang. Hehe tak lah. Nampak tak Raja garang hahahaha *gelak besar*. Sebenarnya, bak sini murid-murid Dr. Raja nak terangkan pasal tonsil. Duduk tegak semua. Jangan ada yang membongkokkan badannya. "Cehhhh poyo lebih aku ni" Haha.

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :

1) Adenoids         : Tonsil yang terletak di belakang hidung
2) Lingual Tonsils : Tonsil di belakang lidah
3) Palatine Tonsils : Tonsil di tekak ( yang selalu penyakit ini datang kpd Raja pada awal dan akhir tahun :( )

*credit to Google

Setiap kali rasa sakit Palatine Tonsils ni Raja memang takkan makan atau minum dan kalau boleh elak nak telan air liur pun memang Raja akan elakkan. Sebab sakit dia tahap SuperB. Bukan sakit tekak biasa setakat tekak merah, ni package dia : Sekali dengan bernanah. Nak tengok tak rupa tekak mereka yang hidap penyakit Palatine Tonsils ni? Siapa yang geli sila scroll ke bawa dengan lajunya. Cepattt.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haaa selamat kan dari tengok gambar tu? Hehe. Nampak je macam tu tapi sakit dia memang tahap superb. Masa mula-mula dapat penyakit ni masa form 4. Ceh 'DAPAT' haha. K masa tu form 4. Ingatkan tak ada apa-apa yang serious. Tapi first jumpa doctor masa form 4 tahun 2010 tu, doctor cakap kalau infection dia teruk kena potong buang. Masa ni tak amik serious pun sebenarnya sebab ingat doctor main-main. Nak nak pula masa tu abah ada sekali. Abah Raja jenis yang kalau sakit tangan, 'Haaa nak kena potong tangan tu'. Dia gurau-gurau kalau macam tu. Tak tahu pula bila pasal tonsil ni bebetul wa tak percayalah huhu.

Sakit dia? Rasanya memang sangat sakit. Bayangkan lah nak telan air liur peh memang perit sangat sangat sangat. Nampak tak tiga kali sangat dekat situ? Uhuk uhuk. Ni kan pula nak minum air, bercakap dan semua yang menggunakan nak menelan. Masa first kena tu masa hari sekolah. So bila dekat sekolah kita tak boleh nak bercakap. Kalau bercakap pun orang takkan faham so baik diam tak payah bercakap. Memang sadis lah hidup masa tu. Kalau Raja bercakap masa tu, kawan-kawan akan meng ajuk-ajuk cara Raja bercakap.

Ubat? Hmmmm ubat ye. Huks. Nama ubat Raja tak tahu. Tapi bila makan ubat tu, terus surut nanah dekat tonsil tu. Errr geli kan? Yeee sangat geli. Yerrrrr haha. Pernah terfikir nak buang tonsil tu dengan cara buat pembedahan. Sebab, makin kerap tonsil tu datang sebenarnya mengganggu juga. Macam Raja, 2 kali setahun mesti sakit tu datang. So sampai tahun lepas, ada dalam dah 6 kali kena. Huhu. Peritnya. Tapi parents tak bagi har har.

Ceritanya macam ni, haritu Raja pernah lah cakap dengan ma Raja, nak buang tonsil tu dengan pembedahan. Lepastu beberapa hari kemudian, ada ternampak helaian kertas atas meja yang menarik minat untuk Raja baca kertas tersebut. Tahu tak apa dia? Pengalaman pembedahan pembuangan tonsil. Yeeeeerrrr I iz zakitz like tutttt.

Raja tak tahu kat mana abah Raja cari article tu. Tapi ni ada satu article yang boleh tahanlah. Pengalaman buang tonsil. Tapi tak sengeri dengan apa yang Raja baca dulu, Huhu lagi sakit sampai orang tu kena buat pembedahan semula uhuk uhuk. Ni entry nya . Dalam entry ni ada satu gambar tonsil yang telah dibuang. Beranikan diri anda ye. Hehe.

Okay enough said. I iz banyak assignment yang tak siap lagi. Tutorial lagi. Hehe. Adios Marios Tagios Haip! :D

P/S : Sedang melayari bahtera kelaparan yang baru tiba. Hiks.

MTS Januari 2013 - Part 2, 3, 4....... last

Assalamualaikum.

"Good friends are like stars. You don't always see them but you know they're always there."



Maaf ye makcik pakcik kakak adik abang semua lama tidak mengupdate blog. Ihiks ini semua poyo. Kah kah kah. Alhamdulillah, hari ni Raja dibeikan semangat untuk menghabiskan entry mengenai Minggu Tekad Siswa. Lepas ni harap maklum takkan ada dah post berderet-deret mengenai MTS tersebut. MTS sesi Januari 2013 ye. Sahaja hehe. 

Post ini sangatlah panjang. Jadi, sengkanglah mata makcik pakcik adik kakak abang semua dengan cungkil gigi. Eh? Tak tak, Raja gurau :p Are you ready for...........? Hehehehe 

Korang ingat lagi tak entry sebelum ni yang Raja ada mention pasal activity yang sangat "KEVAVOM" itu? Hahah mai lah Raja nak cerita. Memang activiy yag takkan lupa sampai bila-bila. Dah lah malam tahun baru. Huiyo memang penangan hebat sangat masa tu. Segala drama, telenovela, akasia, cerekarama, azalea a a a semua keluar. Activity tersebut sangatlah digeruni. Cehhh digeruni? Ayat tak nak kalah. Hiks. Okay activity tersebut dinamakan 'Pipe Balancing'. Nampak tak Raja 'bold' kan dan merahkan perkataan tu? Nampak tak kesusahan dan keperitan yang weolls alamai utk activity tersebut? Huhu. Rules untuk game tersebut adalah:

1) Terdapat beberapa batang pipe yang disambungkan menggunakan connecter.
2) Hanya menggunakan hujung jari untuk mengangkat dan menurunkan semula dalam keadaan pipe tersebut  
    mestilah SELARI. 
3) Jari tidak boleh terlepas langsung dari pipe. (Uolls bayangkan bila ada yang gatal hidung nak garu, gatal     
    sana sini nak menahan tu perit gila)
4) Jika batang pipe tersebut didapati tidak selari, maka hendaklah weolls turun semula untuk bermula dari 
    bawah.

Haaa maybe uolls tak berapa faham apa yang Raja sampaikan hahaha. Meh sini tenok gambar yang ditangkap oleh Pn Aisyah.


Take 5 untuk rehat

Jejaka-jejaka 

Raja jumpa 2 keping saja gambar untuk pipe balancing.Heheheh. Memang penuh dengan drama. Apa yang Raja dapat daripada activity ni ialah kesabaran dan bekerja dalam satu pasukan. Tu baru sikit dugaan. Masa MTS nanti? Uhuk uhuk.

Bayangkan malam tahun baru kena buat activity tu? Hohoi kenangan seumur hidup tu. Memang takkan lupa sampai bila-bila. Lepas tu bila dah betul-betul berdiri nak turun balik tu kena pula buat lagi sekali? Pehhhhhhh wa cakap lu. Memang mencabar sangat. Haaa.

Habis je acticity tersebut, sambung pula dengan pembahagian Exco dan tugas masing-masing. Soooooooooo Raja dapat Exco Pengangkutan di mana Exco tersebut termasuk dalam Exco 4 Serangkai. Ketua Raja ialah Kak Killa. Memang macam-macam bermain dalam otak masa tu sebab selalunya 'makian daripada pemandu bus' tu yang kita kena tebalkan telinga. Peh. memang mula-mula nak give up. Tapi Alhamdulillah, Raja menyahut cabaran untuk diri keluar dari kepompong. Memperkenalkan, barisan fasilitator Minggu Tekad Siswa Sesi Januari 2013 *bunyi drum*

*missing picture*

Minggu persiapan MTS tidaklah berat mana kerja yang perlu Raja buat. Banyak ulang-alik Pejabar HEP, call pemandu bus dan banyak yang tidak memerlukan tenaga 4 kerat. Hehe. Paling-paling banyak tugas yang Raja nampak ialah Exco Tugas-Tugas Khas. Memang tidur pun masa Minggu Persiapan 3 4 pagi.

Ketua-ketua exco meeting bersama untuk menunjukkan gerak kerja exco masing-masing. Tidur lambat, tapi pagi-pagi weolls kena bangun untuk headcount dan sedikit taklimat. Raja masa first day second day bolehlah bangun 4.30 pgi semata-mata nak mandi. Har har. Hari kedua pukul 5. Masuk hari ketiga, bangun 5.45 pagi terus sarung tudung, sweater nipis pakai selipar terus pergi headcount hehe. Lepak tak? Tak cuci muka tak apa. Lepas je headcount mandi lepastu tidur semula har har. Pukul 7 dah kena kumpul utk menari-nari berdansa bebeh. Senaman pagi oleh exco activity. Enjoiceeee habis.

So tak banyak yang nak diceritakan masa Minggu Persiapan. Yang paling penting ialah "HARI KEJADIAN". Semasa hari kejadian yang akan menentukan effort kita selama beberapa hari tersebut berhasil atau tidak? Jeng jeng jeng.


HARI KEJADIAN :
Bangun pagi menjadi rutin. Tiada lagi senaman pagi pada 5/1/13 hehe. Semuanya bersiap cantik-cantik dan handsome-handsome untuk memulakan tugas sebagai Fasilitator kepada pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar. Pagi tu memang lain je rasa. Raja dah kena call coaster untuk angkut 10 Fasi 4 serangkai untuk ke MAIS. Har har Raja lah salah sorangnya huhu. Right after breakfast semua rushing buat tugas masing-masing.


Fyi, cehhh poyo tak? Sila lempang sikit je. Hiks. 4 serangkai terdiri daripada Exco Pengangkutan, Exco Kebajikan, Exco Kediaman dan Exco Displin. 4 Exco ni lah yang akan tidur di MAIS sepanjang MTS. Tsk Tsk.

Sampai saja di MAIS, semua fasi dibahagikan tugas masing-masing. DANN berlaku satu insiden yang tidak dijangka. Apakah? Bila mana parents tidak berpuas hati dengan keadaan MAIS. Raja kena basuh dengan parents students and terus panggil Kak Subha. Kak Subha pandai susun ayat kalau nak dibanding dengan Raja. Ada satu parents tu pehh wa cakap lu. Raja banyak sabar je masa tu. Memang kaw kaw dia bagi. Ulang alik hantar student ke blok masing-masing. Kaki masa tu peh tak payah cakap. Memang macam nak tercabut sangat-sangat. Bila pakai je kasut sukan memang sangat lega. Pengajaran ye di situ. Nak lunch pun  tak selera masa tengah hari tu. Student habis mendaftar dekat MAIS dalam pukul 4 macam tu. Lepas tu Berkumpul di kawasan lapang MAIS untuk diberi sedikit taklimat mengenai pergerakan perjalanan dan disiplin. Tak lama tu semua exco 4 serangkai sampai di MAIS.

Abg Boy, Abg Kumaran & En. Azami sebagai pemandu bus yang bertanggungjawab untuk menghantar dan mengambil students. Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan lancar. Student baru pun okay. Tak ada yang buat hal.

Malam tu diberi tugas baru iaitu untuk menjaga BLOK F. Blok yang paling happening. Act MTS sebenarnya kalau nak diceritakan bagaimana MTS tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tak cukup huruf sebenarnya nak menulis haaaa nampak tak macam mana pengalaman tu begitu manis? Aicehhhhh hehehe. Malam keempat terakhir diadakan ESQ, tahu tak ESQ tu apa? Haaa kalau nak tahu, marilah mendaftar di Unisel untuk Intake May. coming soon . Jangan daftar sekarang. Tak dibuka lagi hehe. Nanti Raja akan bagi satu entry khas untuk pendaftaran. Cehhhhhh :p

First day tidur MAIS apa rasa ye? Hehehehe Takut act sebab ta pernah duduk hostel. So tidur katil dengan Alin & Kak Liza. Second day sampai last day tidur dekat pejabat warden hehe. Lantak pi la memang tak tidur kat situ. Pukul 4 dah kena bangun. Kejut student untuk berkumpul then gerak Unisel untuk orientasi seterusnya.

Malam post-mortem last day di MAIS. Memang sangat happening 4 serangkai. Alhamdulillah, pemandu bus semua okay. Lagi-lagi Abg Kumaran yang asyik senyum je hehe. Nasib baik tiada apa-apa masalah dengan pemandu bus. Cuma Abg Boy merajuk bila Raja panggil dia Uncle hehehehe. Comel je.

Haaaa lagi satu, Raja mendapat tugasan sebagai emcee Majlis Ikrar. Majlis yang paling penting untuk setiap kali MTS diadakan. Majlis tersebut akan dihadiri oleh NC, TNC, kiranya top 5 UNISEL dan ketua-ketua lain. Memang berdebar habis nak menjelang majlis ikrar. Kertas skrip tak lekang daripada tangan. Memang sangat takut. Suara macam mandayu yu yu yu yu haha. Alhamdulillah, bila tengok effort masing-masing dalam menjayakan majlis ikrar, memang sangat berpuas hati. Tamat saja majlis ikrar, tak tahu nak cakap apa nak gambarkan perasaan tersebut tak terucap dengan kata-kata. Alhamdulillah. Feel blessed.

Raptai terakhir sebelum Majlis Ikrar yang sebenar. Nampak tak Raja emcee? Hehe. *sila tumbuk sikit*
Pada malam terakhir tu pula diadakan Malam Kebudayaan yang diacarakan oleh Abg Haikal & Zaki. Memang persembahan malam tu di luar jangkauan. Ye lah, mana tak nya. Masa untuk mereka berlatih dan mencari idea hanyalah 1 jam dan lebih siikit masa. Tapi hasil semua yang terbaik. Alhamdulillah. Tamat sudah   entry mengenai Minggu Tekad Siswa. Semoga kita berjumpa di next MTS insyaAllah. Haaaaa nak video yang buat persembahan? Nanti Raja upload hiks. Mengantuk ye? Alololo nah bantal tidur:p

Maaf jika terdapat kekurangan yang ditunjukkan. Thanks Kak Killa sbgi ketua Raja yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Raja walaupun Raja memang kadang-kadnag blur hehe. Sorry Kak Killa. Kepada semua sahabat dan keluarga MTS, terima kasih tak terucap banyaknya untuk semua. Semoga ukhwah ini sentiasa terjalin, SAHABAT.

Terima kasih daun keladi semua kerana membaca hehe gurau gurau. Video akan diupload kemudian kerana ada masalah teknikal cikit. Atotototo hiks. Dannn......

Result sem 2 sebenarnya. Hehe

Adios Marios Tagios haippp! :D

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...