Kursus Fasilitator di Nur Laman Bestari, Ulu Yam - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini jari Raja berdansa-dansa untuk menaip sebuah entry yang agak panjang. Ye Raja sudah lama tidak menaip untuk sebuah entry yang bermakna. Entry sebelum-sebelum ini mungkin kurang bermakna untuk Raja. InsyaAllah, apa yang bakal Raja kongsikan bersama awak-awak yang comel adalah sebuah pengalaman, penceritaan dan sbg. Sebenarnya, entry ini adalah sambungan daripada entry yang sebelum. Enjoissss

Kisahnya bermula apabila........

  Afifah : Awak, jom jadi fasi untuk intake Januari 2013 ni. Borang saya dah ambil dekat HEP.
Me : Jommmm. Terima kasih awak.

Pertama kali datang ke Pejabat HEP dengan satu perasaan. Perasaan yang bercmpur baur. Excited, cuak, nervous semua ada. Untuk pengetahuan korang, Raja datang ke pejabat HEP untuk di'interview' oleh Pn.Nurul. Har har. Sebab itulah perasaan cuak yang sangat menebal. Tangan tiba-tiba menjadi sejuk ya amat. Ya itulah saya. Kalau cuak, tangan sejuk hehe. Raja datang ke Pejabat HEP bersama-sama dengan kawan-kawan yang  kini bergelar SAHABAT. 

Masuk saja pintu Pejabat HEP tu, tu diaaa. terus dipanggil untuk interview. 'Untuk  menjadi fasilitator, calon haruslah dtemuduga'. Ya, itulah syarat pertama untuk menjadi fasilitator. Pn. Nurul interview sekali empat orang. Bersama-sama dengan Raja ketika itu ialah Anis, Mr. tak ingat nama & Kak Subha. Perghhh memang cabaran di situ bermula apabila Raja menjadi orang pertama yang volunteer untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Pn. Nurul. Tergagap-gagap nak jawab haa.Pelbagai jenis soalan telah diajukan oleh Pn. Nurul dan alhamdulillah, perasaan selepas di'interiew sangatlah lega.


Selesai saja interview, biasalah zaman sekarang. Sikit-sikit post dekat Facebook. Hehe itu diaa. Lepastu terus lupa pasal pernah pergi interview. Cuma sejak dua menjak sebelum keluar keputusan siapa yang terpilih, hati dah pasrah. Ada yang lebih layak dari Raja untuk menerima tanggungjawab tersebu. Saingan juga sengit sebenarnya. Tetapi, kalau dah rezeki? Haaaa. Oh lupa nak bagitahu, kawan Raja, Jannah pun pergi untuk interview. tapi dia pergi lambat atas masalah kesihatan. Afifah tak payah cakap, dia Pn. Nurul dah amik awal-awal :p Makcik- makcik berdua ni lah yang saya sayang sangat :)

Ehem, ayat nak sembang je kan kat atas. Nak tahu keputusan? jeng jeng jenggggggg!

Alhamdulillah. kalau rezeki tak kemana kan? Rezeki yang tak diduga. Tapi perasaan nak suka sangat tu tak ada. Sebab tiba-tiba rasa nak tarik diri je. Kenapa? Sebab tak percaya atas kebolehan diri dan sayang cuti sem yang burn macam tu je. Kah kah kah teruk kan. Tapi makcik Afifah tak bagi Raja tarik diri. So teruskan dengan niat yang satu, menjadi fasilitator untuk MTS Januari 2013. 

Selepas final exam tamat pada 21/12/12, raja pun pulang ke rumah dengan dalam fikiran menghitung hanya beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke Ulu yam bagi Kursus Fasilitator. Malam 26/12/12, packing baju dengan jayanya. Banyak baju yang dibawa tetapi masih tak cukup rasanya? Gimana ya? Biasa lettew, 'owang pewepuan' yekssss hahah. 

Pada pagi 27/12/12, abah Raja hantar Raja ke Pejabat HEP sebelum bertolak ke Ulu Yam & tanda kedatangan. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih kerana kami bertolak pada hari Khamis. Hari orang bekerja. Ya itu dia. Masa dalam bus, Raja duduk bersama makcik Afifah. Baru je nak tidur, tiba-tiba dah nak dekat sampai. Masa bus naik bukit, memang slow gila. Kelakar. Motor lagi laju dan rasanya kalau mereka yang berjalan kaki, lagi laju rasanya. Lepastu semua salahkan orang yang duduk dekat belakang bus.  Hahaha. 

Setibanya di tempat yang dinamakan sebagai "NUR LAMAN BESTARI, ULU YAM" korang boleh teka tak apa yang terjadi??????? Ce teka? Okay Raja bagi clue, ianya berkaitan dengan handphone. Haaa apa diaa apa dia? 


Line sangat-sangat-sangat-sangat kurang dan boleh kata tiada dekat sana. Siapa yang pakai Celcom Alhamdulillah, kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Tapi yang pakai U-mobile? haa simpan je lah phonennya macam makcik Afifah buat ye:p Masa turun bus tu, na bertukar jadi macam ni pun ada.


Semua duk pakat mencari line telefon. Hehe. Sampai saja dekat sana, diberi kunci untuk masuk dorm. Dorm yang Raja duduk betul-betul berdekatan dengan kolam. Yes. Kolam. Kolam yang sangat best:p Roomate Raja ada 10 orang. Tu lah kali pertama Raja duduk bilik yang suasananya seperti dalam asrama. Roomate Raja ialah Afifah, Yana, Alin, Kak Eyta, Ka Subha, Kak Farah, Kak Baby, Kak Sarah dan Kak Pushpa. masa mula-mula, Raja ingat senior semua garang, takut je. Lama kelamaan, diorang baik dan sangat sporting okayyyy.
Hari pertama di sana, eh kejap. Nak tengok tak suasana dekat sana?

Yang ni kolamnya, cuma tak nampak gelongsornya. kolam ni ada tiga bahagian. Bahagian yang ada batu tu cetek, paras lutut je, bahagian kta jatuh semasa turun slide, tu paras pinggang dan bahagian kirinya bahagian dalam. Paras dada. Raja tak berani woo kurkur.

Dewan pertama berkumpul sebeblum bertukar kepada dewan yang berhawa dingin.

Salah satu tempat untuk charge phone. Kenapa? Sebabnya, dalam dorm hanya erdapat satu sahaja  plug. So nak charge kena ikut giliran :p ay ay ay
Kalau nak lebih Gambar dan maklumat, bolehlah berkunjung ke website Nur Laman Bestari, Hulu Yam untuk info dan pakej-paej yang lebih menarik.

Jadual program telah diaturkan oleh pihak HEP dan kami hanya mengikuti apa sahaja program yang disediakan.

Oh ye. Kalau anda perasan, kursus fasi pada kali ini kedua-dua kampus Unisel digabungkan dalam satu kursus iaitu Shah Alam dan Bestari Jaya. Di antara Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya, terdapat sebuah 'tembok' atau penghalang yang sudah berjaya dipecahkan. Tiada lagi jurang perbezaan di antara kedua-dua kampus:) Alhamdulillah.

Seterunya, Raja akan cucikan mata anda semua dengan gambar gambar sepanjang Kurus Fasi tersebut :) Bedeboommmmm!!












dan juga hari-hari seterusnya, seperti yang terdapat dalam jadual di atas, hik hik hik. *sila lempang*

*bersambung...........*

1 comment:

Anonymous said...

Alah,bersambung...

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...