Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah diberi sekali lagi peluang untuk...............menaip sebuah lagi entry yang bermakna. Sambungan untuk entry yang lepas. Haa bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah berkunjung ke entry sebelum ni. Baru faham cerita yang sebenar. Readersssss! Peace yaw. Ahaks hahaha.
Sambungan dari entry sebelum ni, Raja sudah pun cerita mengenai kem tersebut di mana, siapa yang menyertai camp tersebut, dormmate dan sbg. Kalau nak tahu semua tu, silalah ke entry sebelum ni. Ahak ahak ahak *Tiru gaya Nabil* ahak.
Dah tengok kan separuh gambar- gambar sepanjang kursus tersebut? Itu baru 0.01% gambar. Gambar sepanjang kursus tersebut tak banyak yang Raja upload dekat sini. Sebab gambar-gambar tersebut sudah pun dimasukkan dalam sebuah video yang sangat umph. Bestttt. Uuuuu hahaha. Nak tengok video tu? Mana bolehhhh. Bagi Raja cerita a to z baru Raja sajikan 'hidangan' tersebut. Okay? Boleh ke takpe?
Okay. Hari pertama di sana boleh kata berlalu dengan pantas sekali. Aicehh. Petang tu, weolls boleh bergalak sakan mandi sungai atau air terjun lah. Har har. Setiap petang memang ada activiy rekreasi. Boleh pilih samaada kolam atau sungai. Masa first day lelaki dah mandi kolam, so second day dekat sana perempuan mandi kolam dan seterusnya. Leh, 4 hari je pun kat sana.
Hari Kedua-28 Dis 2012
Masuklah hari kedua, still. Bangun pukul 5 pagi, mandi, bersiap-siap untuk ke surau lepastu kuliah subuh pula. Ya Allah, sangatlah mengantuk. Memang mata tak tahan sangat. Macam nak tongkat cungkil gigi dekat mata? Nak tgk macam mana rupanya? haha mana boleh, menggerunkan aummm. Activity sepanjang hari tersebut adalah ceramah, ceramah dan ceramah. Tapi, masa lelaki solat zohor, ingat boleh balik bilik nak tidur. So Raja dah tukar baju, dah siap2 pakai baju untuk tidur TIBA-TIBA disuruh pergi ke dewan. Ada activity untuk perempuan. Har har bergegas tukar baju semula, terus ke dewan. Gopohnya nak tidur ahaks.
Kalau korang perasan, dekat jadual tersebut ada sidang pleno kan? Haaaa sidang pleno memang sangat best sebenarnya walaupun orang hanya present dan jawab soalan. No so sidang pleno masa haritu. ustaz pun caap hehe. Tapi, setiap kali sesi Q&A memanglah menggaitkan suasana. Gentle wa cakap lu hiks.
Hari Ketiga- 29 Dis 2012
Hari ketiga di sana. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sekejap je dah hari ketiga. Weolls kena tunjuk cara modul LDK yang akan diguna pakai semasa Minggu Tekad Siswa(MTS) nanti. Memang gamat lah suasana masa kena cari siapa saja dan minta dia tandakan sekiranya jawapan kita betul atau salah. Tak faham? takpe aaharr. Lepas Asar, ada sebuah activity yang sangat digemari ramai. Sesi meluahkan perasaan. Kami semua diberi sehelai kertas, dan dikehendaki melukis sebuah graf kehidupan. Sama ada sedih atau gembira dan dikehendaki mengulas mengenai graf tersebut kepada rakan kumpulan. Kump Raja 4 oarng je. Kump lain semua ramai-ramai. Haha. Kitaorang punya style sempoi je. Oh lupa kenalkan, group Raja terdiri drpd Raja, Yana, Hana dan Mizan. Memang masa cerita dekat dorang, gelak-gelak je. Tapi tengok group lain semua sedih, menangis. Group weolls habis paling awal then duk berborak sampai habis. Berebut dengan Mizan nak mandi kolam harini. Suruh lelaki mandi sungai. Last-last tak dapat, perempuan kena mandi sungai. Hmmmm tak mandi pun lah, mandi bilik ayer je :/
Malam tu ada BBQ, habis je slot untuk malam ketiga, hantar barang kebilik dannn BERBBQ di tepi sungai. Memang best sangat, ada ayam, ikan, daging, nasi goreng, macaroni dan sbg. Malam tu juga, dapat baju korporat utk fasi. Haaaa best gila. Tapi mood malam tu spoil. Tiba2 je tak ada mood pahal lah aku ni :( Hmm. Ajak Makcik Afifah masuk bilik dan dia pun nak hehe. Masuk je bilik, tukar baju. Borak-borak dengan dormmate utk last day kat sana. Lama kelamaan makin ramai balik dorm, siap baju untuk Majlis Penutup pada esok hari.
![]() |
Ni contoh baju fasi. Yang merah tu dah betul dah, cuma putih tu diganti dengan kuning air. Perempuan punya for sure lengan panjang. Ayu. Ihiks. |
Hari Keempat-30 Dis 2012
Hari keempat dekat sana. Hati dah terasa berat untuk meninggalkan tempat tersebut. Pelbagai pengalaman manis yang dikecapi, semuanya bersama-sama. Ada yang sakit, ada yang kurang sihat. Aik sama je maksud? ahh belasah je. Haha. Hari keempat, usai saja kuliah subuh, macam biasa. Pergi breakfast dan terus ke dewan untuk activity terakhir sebelum majlis penutup. Majlis penutup berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan kem tersebut. Sebelum pulang ke kampus, fasi drpd Bestari Jaya dan Shah Alam berpelukan andaikata ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan. Berat hati nak berpisah dengan rakan-rakan yang bergelar sahabat. Kami di sana sebagai satu keluarga. Rindunya...
Seperti yang dijanjikan, ini dia. Video yang tidak boleh didapati di mana-mana aicehhh hahaha. Video sepanjang kursus FMTS di Nur Laman Bestari, Ulu Yam.
*Video MIA*
Tamat sudah entry untuk Kusus fasi tersebut. Jumpa lagi di next entry mengenai 'Minggu Persiapan MTS' dan 'Minggu Tekad Siswa(MTS)'. Maaf jika entry kali ini kurang gambar yang hendak dipaparkan kerana gambar-gambar tersebut sudah pun divideokan. Enjoisssss :D
Nantikan entry Raja mengenai 'Minggu Persiapan MTS' dan 'Minggu Tekad Siswa(MTS)'. Semoga kita berjumpa lagi di next entry.
Nantikan........ Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment