Tips: Halatuju Selepas SPM (Diploma) Part 1

Assalamualaikum and Hi.


I am BACK!! Hahaha. Lama kan menghilang. Entry convo pun tak publish lagi sebab tak dapat gambar lagi. Tunggu untuk next entry alright? Aku sendiri excited nak tengok gambar sebab Sa cakap aku banyak rosakkan gambar. Mesti stress kan? Hahahahahaha.

First of all, tahniah kepada yang dapat result bagus. Yang kurang bagus, insyaAllah, rezeki ada di mana-mana. Boleh cuba lagi. Jangan pernah menyerah okay? Kerana dirimu begitu berharga. Ewah hehe.

Alright. To sum up, ni yang aku nak ceritakan untuk entry kali ni. Sedikit tips halatuju selepas SPM.

Credit: Google.com & www.panduanmalaysia.com.

Rasanya dah padat apa yang ada dalam jadual atas. Tapi akak cuba explain jugak alright.Kalau kurang faham mengenai matriks, asasi & form 6 tu boleh tinggalkan comment di bawah. Disebabkan akak start from diploma baru ke degree, akak akan lebih beri penekanan dekat diploma berbanding matrik, form 6 & asasi. (Akak ko. Ambik. Hahaha)

Pernah tak tengok keadaan akak-akak & abang-abang yang amik diploma macam mana? Sebenarnya, kalau ikut dari segi kesukaran untuk belajar, diploma paling senang. Serious. Tiada penyelewengan fakta di sini. Huhu. Sebab?

Duduk tegak, tarik nafas dalam-dalam sampai 5 minit. Eh tak, jangan dibuat huhu. To sum up, diploma sebenarnya:

* Jangka masa untuk menghabiskan diploma dalam sesebuah kursus adalah 2 tahun ke 3 tahun. Ikut course dan unversity masing-masing. Kenapa macam ni? Alright, akak bagi contoh. 

Unisel: Diploma in Business Management takes 2 years and half to finish it.
UiTM: Diploma in Business Management takes 3 years

Apa-apa kursus pun, bergantung kepada pihak university.

*Bagi akak, diploma ni banyak masa untuk relax. Bukanlah relax sampai tak study ke apa, Tapi takde rushing sangat, terkejar-kejar untuk habis kan satu semester untuk kejar semester lain. Subject pun satu sem mungkin 4-7 subject per semester. Tu pun bergantung kepada university. Tekanan tu still ada, mungkin untuk semester tu korang akan ada event untuk subject. Kalau pandai kawal emosi, insyaAllah senang je handle. Masa pun banyak free, pandai urus masa. Sempat lagi kalau nak buat 2 kerja pada satu masa. Eh? :p

*Sijil yang korang dapat lepas tamat pengajian boleh digunakan untuk apply kerja. Means lepas habis belajar korang boleh terus ke alam pekerjaan. Bagi yang nak sambung pelajarang ke peringkat degree pun boleh sambung. Satu-satunya kelebihan diploma, boleh terus apply kerja lepas habis pengajian. Matrik, form 6 and asasi tak valid.

*Apa yang korang akan belajar, sebenarnya menyediakan korang lebih ke alam pekerjaan. Practical dalam class pun banyak. Korang akan belajar macam mana nak buat account kalau amik accounting, cara nak establish business kalau amik business dan seterusnya. So dari situ korang dah belajar macam-macam sebenarnya sebab lecturer akan dedahkan korang dengan perkara yang sangat membantu korang di alam pekerjaan. Ada university, offer untuk collaborate dengan company luar negara untuk hantar student practical. Study elok-elok insyaAllah, rezeki ada kat mana-mana.

*Boleh sambung pengajian ke luar negara. Nak study overseas boleh, tapi kena meet requirement  university yang korang nak. Boleh click di kanan blog untuk cara-cara study overseas:)

Apa yang aku explain ni, bagi mereka yang nak ke diploma, insyaAllah apa-apa persoalan mengenai yang berkaitan, akak boleh jawab. Kalau segan nak tanya kat sini, boleh email akak di rajanurainrmj@gmail.com atau follow lah mana2 yang korang nak. Hahahaha. 

Takde conclusion lagi untuk entry kali ni, tunggu part 2 pada waktu yang sama, pada esok hari. Ewah. Entry new year sangat. 

Happy new year 2016! (3 hours early)



Nantikan Part 2: Aliran yang korang amik masa SPM, berkaitan tak dengan course yang korang akan pilih? Tunggu..






2 comments:

OnceInLand said...

Thank you akak... baru lepas habis Spm tapi dalam dilema nak sambung apa.. tapi macam nak amik accounting..at least akak punya blog banyak juga tolong saya.. :)

Raja Nur Ain said...

Nur Hidayah Suhaidi-

Alhamdulillah. Terima kasih dik :)

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...