Minggu Persiapan MTS Januari 2013 - part 1

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Lalalalalala. Tahniah! anda sangat bertuah kerana telah dipilih................ Ceh tak lah. Haha. Kita sambung entry yang lepas. TETAPI, kali ni kita cuma berada di Unisel Shah Alam. Tak jauh. Tak perlu dah nak terasa seksa sebab line phone tak ada katanya. Ihiks. Siapalah yang terseksa.Weoolls semua bahagia je dekat sana :p Betul apa yang Kak Alyah cakap.

Credit to Kak Alyah
Marilah kita menyingkap kisah-kisah yang lucu, sedih, gembira, bahagia yang terjadi sepanjang Minggu Persiapan Minggu Tekad Siswa sesi Januari 2013. Cehhh nampak tak? Ini semua poyo! Kah kah kah. 

31 Disember 2012
Tarikh silap. Maafkan ye:)

Okay bila tarikh 31 Disember, apa perkara pertama yang uolls akan fikir? Mestilah tahun baru kan? Kan? Kan? Hmmmm weolls mana ada na tahun baru sangat lah. Petang tu abah hantar dalam pukul 5.45 dekat surau Unisel. Hantar beg semua dekat surau tengok-tengok Afifah, Yana dengan Alin dah ada dalam surau. Lepastu gerak Pejabat HEP yang setia menanti kehadiran weolls. Ihiks. *Sila lempang*. Dekat Pejabat HEP seingat Raja lah kan, masa tu ada Kak fairuz, Kak Liza dengan Kak Shas. Lepas sign kedatangan & bagi feedback, weolls berempat terus gerak ke surau. Lepas tu tak ingatlah buat apa dulu. Rasanya makan malam dulu. Having a dindin with MTS 's Family, Maghrib & Kuliah dan terus ke bilik activity. 

Sampai saja dekat bilik activity, masa tu fasi non muslim tengah buat activity diorang sendiri. 
From yang duduk cangkung tu(Sorry abang Balan) hehe : Abang Gobalan, Ryan, Abang  Ricky, Kak Subha, Kak Baby, Kak Puspa, Kak Sarah & Abang Navinne

Tak lama tu Pn. Nurul sampai. Bagi sikit taklimat dan kemudiannya bagi tugasan kepada setiap fasi untuk memperkenalkan diri serta tagline. Ahaks gitu. Haha. Bila semua fasi keluar kenalkan diri masing-masing kita yang fasi junior ni masih ada rasa malu untuk perkenalkan diri. Raja jadi yang akhir-akhir perkenalkan diri. Har har dan tagline Raja ialah........

"BELASAH JE!!!"

Hoho kelas kau Jah. Belasah je. Nak belasah sapa? Meh sini Raja sekeh. Haha. Activity malam tu tak habis macam tu je tau. Tak lama lepastu Pn. Aisyah sampai. Alamak ni tak suka ni. Raja lupalah yang weolls start activity masa Pn. Aisyah dah ada atau tak hm hm. Sekali lagi, fasi-fasi diberi  2 tugasan dalam berkumpulan untuk membina sebuah jambatan. Jambatan tersebut mstilah kukuh apabila diuji dan tinggi jambatan tersebut mestilah sekurang-kurangnya melepasi sebuah bola. Size lebih kurang bola sepak. dan Tugasan kedua ialah menyatakan peranan fasi, tanggungjawab fasi, perkara yang tak harus ada dalam diri seorang fasi dan sbg.












Semua sekali ada 4 kumpulan. Tibalah masa untuk diuji jambatan-jambatan yang dihasilkan oleh kami semua. Perghhh masing-masing berdebar ye. Memang excited semua ada. Nampak sedikit kecewa bila jambatan yang dihasilkan roboh. Tsk tsk. Dan, jambatan yang paling kukuh dan steady dimenangi oleh Kumpulan 2. Alamak tak ingat lah nama group Abang Anas apa. Hiks. Tapi memang superb lah kumpulan diorang. Kelakar hehe. 
Ni lah jambatan yang group 2 buat. Nampak biasa-biasa je kan? haaa Jangan judge sebelum mencuba try test. Ahaks. Congrats :)

Yeeeee seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu *macam emcee Bacaan Ikrar pula. Ni script Zaki haha.* Mungkin activity yang Raja nak cerita lepas ni menimbulkan sedikit kontroversi. Cehhhh hehehe. haaaaa nak tahu apa activity yang terakhir untuk malam tersebut? Nantikan di entry yang akan datang ye. Sabar tak? Sabar tak? Sabar yeee. 

Stay tuned and keep calm. Peace yaw. Ihiks. Assalamualaikum. kalau jawab sayang dan comel :)

Kursus Fasilitator di Nur Laman Bestari, Ulu Yam - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah diberi sekali lagi peluang untuk...............menaip sebuah lagi entry yang bermakna. Sambungan untuk entry yang lepas. Haa bagi yang tidak berkesempatan, bolehlah berkunjung ke entry sebelum ni. Baru faham cerita yang sebenar. Readersssss! Peace yaw. Ahaks hahaha. 

Sambungan dari entry sebelum ni, Raja sudah pun cerita mengenai kem tersebut di mana, siapa yang menyertai camp tersebut, dormmate dan sbg. Kalau nak tahu semua tu, silalah ke  entry sebelum ni. Ahak ahak ahak *Tiru gaya Nabil* ahak. 

Dah tengok kan separuh gambar- gambar sepanjang kursus tersebut? Itu baru 0.01% gambar. Gambar sepanjang kursus tersebut tak banyak yang Raja upload dekat sini. Sebab gambar-gambar tersebut sudah pun dimasukkan dalam sebuah video yang sangat umph. Bestttt. Uuuuu hahaha. Nak tengok video tu? Mana bolehhhh. Bagi Raja cerita a to z baru Raja sajikan 'hidangan' tersebut. Okay? Boleh ke takpe?

Okay. Hari pertama di sana boleh kata berlalu dengan pantas sekali. Aicehh. Petang tu, weolls boleh bergalak sakan mandi sungai atau air terjun lah. Har har. Setiap petang memang ada activiy rekreasi. Boleh pilih samaada kolam atau sungai. Masa first day lelaki dah mandi kolam, so second day dekat sana perempuan mandi kolam dan seterusnya. Leh, 4 hari je pun kat sana. 

Hari Kedua-28 Dis 2012
Masuklah hari kedua, still. Bangun pukul 5 pagi, mandi, bersiap-siap untuk ke surau lepastu kuliah subuh pula. Ya Allah, sangatlah mengantuk. Memang mata tak tahan sangat. Macam nak tongkat cungkil gigi dekat mata? Nak tgk macam mana rupanya? haha mana boleh, menggerunkan aummm. Activity sepanjang hari tersebut adalah ceramah, ceramah dan ceramah. Tapi, masa lelaki solat zohor, ingat boleh balik bilik nak tidur. So Raja dah tukar baju, dah siap2 pakai baju untuk tidur TIBA-TIBA disuruh pergi ke dewan. Ada activity untuk perempuan. Har har bergegas tukar baju semula, terus ke dewan. Gopohnya nak tidur ahaks.

Kalau korang perasan, dekat jadual tersebut ada sidang pleno kan? Haaaa sidang pleno memang sangat best sebenarnya walaupun orang hanya present dan jawab soalan. No so sidang pleno masa haritu. ustaz pun caap hehe. Tapi, setiap kali sesi Q&A memanglah menggaitkan suasana. Gentle wa cakap lu hiks. 

Hari Ketiga- 29 Dis 2012
Hari ketiga di sana. Terasa begitu pantas masa berlalu. Sekejap je dah hari ketiga. Weolls kena tunjuk cara modul LDK yang akan diguna pakai semasa Minggu Tekad Siswa(MTS) nanti. Memang gamat lah suasana masa kena cari siapa saja dan minta dia tandakan sekiranya jawapan kita betul atau salah. Tak faham? takpe aaharr. Lepas Asar, ada sebuah activity yang sangat digemari ramai. Sesi meluahkan perasaan. Kami semua diberi sehelai kertas, dan dikehendaki melukis sebuah graf kehidupan. Sama ada sedih atau gembira dan dikehendaki mengulas mengenai graf tersebut kepada rakan kumpulan. Kump Raja 4 oarng je. Kump lain semua ramai-ramai. Haha. Kitaorang punya style sempoi je. Oh lupa kenalkan, group Raja terdiri drpd Raja,  Yana, Hana dan Mizan. Memang masa cerita dekat dorang, gelak-gelak je. Tapi tengok group lain semua sedih, menangis. Group weolls habis paling awal then duk berborak sampai habis. Berebut dengan Mizan nak mandi kolam harini. Suruh lelaki mandi sungai. Last-last tak dapat, perempuan kena mandi sungai. Hmmmm tak mandi pun lah, mandi bilik ayer je :/ 

Malam tu ada BBQ, habis je slot untuk malam ketiga, hantar barang kebilik dannn BERBBQ di tepi sungai.  Memang best sangat, ada ayam, ikan, daging, nasi goreng, macaroni dan sbg. Malam tu juga, dapat baju korporat utk fasi. Haaaa best gila. Tapi mood malam tu spoil. Tiba2 je tak ada mood pahal lah aku ni :( Hmm. Ajak Makcik Afifah masuk bilik dan dia pun nak hehe. Masuk je bilik, tukar baju. Borak-borak dengan dormmate utk last day kat sana. Lama kelamaan makin ramai balik dorm, siap baju untuk Majlis Penutup pada esok hari. 

Ni contoh baju fasi. Yang merah tu dah betul dah, cuma putih tu diganti dengan kuning air. Perempuan punya for sure lengan panjang. Ayu. Ihiks.
Hari Keempat-30 Dis 2012
Hari keempat dekat sana. Hati dah terasa berat untuk meninggalkan tempat tersebut. Pelbagai pengalaman manis yang dikecapi, semuanya bersama-sama. Ada yang sakit, ada yang kurang sihat. Aik sama je maksud? ahh belasah je. Haha. Hari keempat, usai saja kuliah subuh, macam biasa. Pergi breakfast dan terus ke dewan untuk activity terakhir sebelum majlis penutup. Majlis penutup berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan kem tersebut. Sebelum pulang ke kampus, fasi drpd Bestari Jaya dan Shah Alam berpelukan andaikata ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan. Berat hati nak berpisah dengan rakan-rakan yang bergelar sahabat. Kami di sana sebagai satu keluarga. Rindunya...

Seperti yang dijanjikan, ini dia. Video yang tidak boleh didapati di mana-mana aicehhh hahaha. Video sepanjang kursus FMTS di Nur Laman Bestari, Ulu Yam. 

*Video MIA*

Tamat sudah entry untuk Kusus fasi tersebut. Jumpa lagi di next entry mengenai 'Minggu Persiapan MTS' dan 'Minggu Tekad Siswa(MTS)'. Maaf jika entry kali ini kurang gambar yang hendak dipaparkan kerana gambar-gambar tersebut sudah pun divideokan. Enjoisssss :D

Nantikan entry Raja mengenai 'Minggu Persiapan MTS' dan 'Minggu Tekad Siswa(MTS)'. Semoga kita berjumpa lagi di next entry.

 Nantikan........ Assalamualaikum :)

Kursus Fasilitator di Nur Laman Bestari, Ulu Yam - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini jari Raja berdansa-dansa untuk menaip sebuah entry yang agak panjang. Ye Raja sudah lama tidak menaip untuk sebuah entry yang bermakna. Entry sebelum-sebelum ini mungkin kurang bermakna untuk Raja. InsyaAllah, apa yang bakal Raja kongsikan bersama awak-awak yang comel adalah sebuah pengalaman, penceritaan dan sbg. Sebenarnya, entry ini adalah sambungan daripada entry yang sebelum. Enjoissss

Kisahnya bermula apabila........

  Afifah : Awak, jom jadi fasi untuk intake Januari 2013 ni. Borang saya dah ambil dekat HEP.
Me : Jommmm. Terima kasih awak.

Pertama kali datang ke Pejabat HEP dengan satu perasaan. Perasaan yang bercmpur baur. Excited, cuak, nervous semua ada. Untuk pengetahuan korang, Raja datang ke pejabat HEP untuk di'interview' oleh Pn.Nurul. Har har. Sebab itulah perasaan cuak yang sangat menebal. Tangan tiba-tiba menjadi sejuk ya amat. Ya itulah saya. Kalau cuak, tangan sejuk hehe. Raja datang ke Pejabat HEP bersama-sama dengan kawan-kawan yang  kini bergelar SAHABAT. 

Masuk saja pintu Pejabat HEP tu, tu diaaa. terus dipanggil untuk interview. 'Untuk  menjadi fasilitator, calon haruslah dtemuduga'. Ya, itulah syarat pertama untuk menjadi fasilitator. Pn. Nurul interview sekali empat orang. Bersama-sama dengan Raja ketika itu ialah Anis, Mr. tak ingat nama & Kak Subha. Perghhh memang cabaran di situ bermula apabila Raja menjadi orang pertama yang volunteer untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Pn. Nurul. Tergagap-gagap nak jawab haa.Pelbagai jenis soalan telah diajukan oleh Pn. Nurul dan alhamdulillah, perasaan selepas di'interiew sangatlah lega.


Selesai saja interview, biasalah zaman sekarang. Sikit-sikit post dekat Facebook. Hehe itu diaa. Lepastu terus lupa pasal pernah pergi interview. Cuma sejak dua menjak sebelum keluar keputusan siapa yang terpilih, hati dah pasrah. Ada yang lebih layak dari Raja untuk menerima tanggungjawab tersebu. Saingan juga sengit sebenarnya. Tetapi, kalau dah rezeki? Haaaa. Oh lupa nak bagitahu, kawan Raja, Jannah pun pergi untuk interview. tapi dia pergi lambat atas masalah kesihatan. Afifah tak payah cakap, dia Pn. Nurul dah amik awal-awal :p Makcik- makcik berdua ni lah yang saya sayang sangat :)

Ehem, ayat nak sembang je kan kat atas. Nak tahu keputusan? jeng jeng jenggggggg!

Alhamdulillah. kalau rezeki tak kemana kan? Rezeki yang tak diduga. Tapi perasaan nak suka sangat tu tak ada. Sebab tiba-tiba rasa nak tarik diri je. Kenapa? Sebab tak percaya atas kebolehan diri dan sayang cuti sem yang burn macam tu je. Kah kah kah teruk kan. Tapi makcik Afifah tak bagi Raja tarik diri. So teruskan dengan niat yang satu, menjadi fasilitator untuk MTS Januari 2013. 

Selepas final exam tamat pada 21/12/12, raja pun pulang ke rumah dengan dalam fikiran menghitung hanya beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke Ulu yam bagi Kursus Fasilitator. Malam 26/12/12, packing baju dengan jayanya. Banyak baju yang dibawa tetapi masih tak cukup rasanya? Gimana ya? Biasa lettew, 'owang pewepuan' yekssss hahah. 

Pada pagi 27/12/12, abah Raja hantar Raja ke Pejabat HEP sebelum bertolak ke Ulu Yam & tanda kedatangan. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih kerana kami bertolak pada hari Khamis. Hari orang bekerja. Ya itu dia. Masa dalam bus, Raja duduk bersama makcik Afifah. Baru je nak tidur, tiba-tiba dah nak dekat sampai. Masa bus naik bukit, memang slow gila. Kelakar. Motor lagi laju dan rasanya kalau mereka yang berjalan kaki, lagi laju rasanya. Lepastu semua salahkan orang yang duduk dekat belakang bus.  Hahaha. 

Setibanya di tempat yang dinamakan sebagai "NUR LAMAN BESTARI, ULU YAM" korang boleh teka tak apa yang terjadi??????? Ce teka? Okay Raja bagi clue, ianya berkaitan dengan handphone. Haaa apa diaa apa dia? 


Line sangat-sangat-sangat-sangat kurang dan boleh kata tiada dekat sana. Siapa yang pakai Celcom Alhamdulillah, kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Tapi yang pakai U-mobile? haa simpan je lah phonennya macam makcik Afifah buat ye:p Masa turun bus tu, na bertukar jadi macam ni pun ada.


Semua duk pakat mencari line telefon. Hehe. Sampai saja dekat sana, diberi kunci untuk masuk dorm. Dorm yang Raja duduk betul-betul berdekatan dengan kolam. Yes. Kolam. Kolam yang sangat best:p Roomate Raja ada 10 orang. Tu lah kali pertama Raja duduk bilik yang suasananya seperti dalam asrama. Roomate Raja ialah Afifah, Yana, Alin, Kak Eyta, Ka Subha, Kak Farah, Kak Baby, Kak Sarah dan Kak Pushpa. masa mula-mula, Raja ingat senior semua garang, takut je. Lama kelamaan, diorang baik dan sangat sporting okayyyy.
Hari pertama di sana, eh kejap. Nak tengok tak suasana dekat sana?

Yang ni kolamnya, cuma tak nampak gelongsornya. kolam ni ada tiga bahagian. Bahagian yang ada batu tu cetek, paras lutut je, bahagian kta jatuh semasa turun slide, tu paras pinggang dan bahagian kirinya bahagian dalam. Paras dada. Raja tak berani woo kurkur.

Dewan pertama berkumpul sebeblum bertukar kepada dewan yang berhawa dingin.

Salah satu tempat untuk charge phone. Kenapa? Sebabnya, dalam dorm hanya erdapat satu sahaja  plug. So nak charge kena ikut giliran :p ay ay ay
Kalau nak lebih Gambar dan maklumat, bolehlah berkunjung ke website Nur Laman Bestari, Hulu Yam untuk info dan pakej-paej yang lebih menarik.

Jadual program telah diaturkan oleh pihak HEP dan kami hanya mengikuti apa sahaja program yang disediakan.

Oh ye. Kalau anda perasan, kursus fasi pada kali ini kedua-dua kampus Unisel digabungkan dalam satu kursus iaitu Shah Alam dan Bestari Jaya. Di antara Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya, terdapat sebuah 'tembok' atau penghalang yang sudah berjaya dipecahkan. Tiada lagi jurang perbezaan di antara kedua-dua kampus:) Alhamdulillah.

Seterunya, Raja akan cucikan mata anda semua dengan gambar gambar sepanjang Kurus Fasi tersebut :) Bedeboommmmm!!












dan juga hari-hari seterusnya, seperti yang terdapat dalam jadual di atas, hik hik hik. *sila lempang*

*bersambung...........*

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...