Cara Sambung Belajar Di Luar Negara Part 3

Aku ada lah tanya a few questions dekat Joanne. Antaranya :

Macam mana culture kat sana? 
Australia ni macam Malaysia jugak. Lain negeri lain budayanya. So dekat Australia, kalau jenis nak duduk dekat dengan bandar or dalam bandar pilihlah university dekat Sydney. Tapi kalau nak duduk dekat tempat yang banyak Malaysian, pilihlah university dekat Perth. Lebih kurang macam tu. Tak kisah lah culture macam mana pun, sesuai tak dengan diri. Tu penting.

Apa nak buat bila dapat unconditional or conditional letter?

  • Unconditional letter ni kita memang sah layak masuk university tu tanpa apa-apa syarat. Semua dah lulus. Tunggu nak bayar, settle lah. Biasanya fees untuk penempatan ni kena bayar deposit plus yuran for 1 semester. 
  • Conditional letter pula, kita layak jugak untuk ke university tersebut. Cumanya, mungkin ada satu atau dua document yang kita tak serah lagi. Such as transcript. Once dah serah document yang kurang tu, baru jadi conditional and boleh terus buat pembayaran. Yeay settle jugak.


Macam mana dengan flight ticket booking?
  • Flight ticket sama ada kita booked sendiri atau melalui agent. Kalau agent yang buat, biasanya dia akan letak kita dalam satu group yang akan fly sekali. Kiranya, kalau ke Sydney, dia akan terbangkan sekali dengan student yang akan ke sana juga, emmmmm. Cewah. 


Accomodation macam mana? Which one is better? University or sewa luar?
  • Okay, bab accomodation ye. Sebenarnya part ni aku tak berani nak sentuh sangat. Sebab tak sampai tahap ni lagi. Aku cuba ye. Kalau korang pilih Macquarie University or Newcastle University biasanya dah sekali dengan hostel. Not bad memang cantik, for sure. Mungkin setengah orang suka tinggal sorang-sorang tak nak share toilet, kitchen and so all. So kena sewa studio la macam tu. Studio sewa AUD 350 per week. Kalau rajin, sebelum fly tu, cari lah student Malaysia yang dah ada dekat sana. So diorang boleh guide korang or mana tau ajak tinggal sekali? Dah settle bab tu. Who knows. And ikut keselesaan masing-masing ye. 


Modern uni? Tradional uni? Apa tu?
Pernah dengar pasal modern and tradisional university? Emm. baca kat SINI dulu. Perasan tak berapa kali aku mention pasal ni? Meh nak bagitau. 

  • Modern university: More to pratical university. Apa kita belajar semua akan apply terus dalam kehidupan seharian. Maksud kat sini dalam assignment and so on.
  • Tradisional University: More to theory. Apa-apa belajar based on theory, buku, hafal. Tak ada practical untuk apply apa yang kita belajar. 


Ni berdasarkan kefahaman aku. Huhu.

Apa beza antara applied and hons and without hons?
Perasan tak, masa korang tengah survey course dekat uni, ada words ni.

"Applied" "Hons" "Invited" 

Applied 
"Bachelor of Applied Finance" contoh ye. Applied kat situ maksudnya, korang belajar dalam practical. Means apa yang korang belajar, korang lebih kepada practical untuk buat benda tu. Applied science pun macam tu juga. Kalau "Bachelor of Finance" kita sekadar belajar apa tu finance without any practical.

Hons & Invited
For your information, university dekat Australia degreenya semua without Hons. 3 tahun korang belajar, without hons. Kalau result every semester gempak, 3.6 ke atas and maintain, korang baru akan di'Invite' untuk buat Hons. Memang top student tu. And duration nya setahun. So total semua sekali 4 tahun untuk degree. Kalau UK, sekali dengan Hons. Bezanya ada hons and tak ni kan, kalau kita nak sambung ke UK untuk master. Kita cuma ada Degree WITHOUT Hons. And sebelum nak amik master, kita kena amik pre-master. Hons ni sebenarnya buat research & thesis(if i'm not mistaken). Sebab master kena banyak buat research right? Boleh je nak sambung terus master kat Australia, cumanya Australia punya duration untuk master 1 year and half to 2 years. So sama je.

Aku rasa tu je kot untuk entry kali ni. Tengah fikirkan idea untuk next entry pula. Maybe last part untuk study overseas. Tengok eh bila rajin hehe. Now tengah survive dalam final semester. May Allah ease everything. 3 weeks lefr before habis my diploma. Wuhuuu.

Byee. Adios 

Cara Sambung Belajar Di Luar Negara Part 2

Assalamualaikum and Hi!

Alhamdulillah, finally, i managed to update 1 entry before start busy next week sampai December ni sebab final semester. Semoga semua nya dipermudahkan. Amiin. Moga-moga untuk urusan ni pun dipermudahkan.

Before tu, untuk part 1 sila baca entry ni dulu. Klik SINI.

Kalau diikutkan, dalam entry sebelum ni dah ceritakan pasal cara nak pilih university yang sesuai dengan citarasa masing-masing. So settle part tu. Proceed to the next step. Ayuh!






2)Permohonan ke University

Sebenarnya tak susah pun nak apply university. Apply je. Cuma document yang diperlukan tu kadang-kadang buat sakit kepala sikit. Huhu. For now aku akan listkan apa yang diperlukan untuk permohonan. Disebabkan aku guna agent, aku dah diberi checklist untuk semak takut kot kot ada yang tertinggal. 

  • SPM Result (Certificate)
  • Diploma transcript & certificate
  • IELTS, GCE 1119 & letter of medium of instruction & assessment (in english)
  • Course syllabus
  • Photocopy of the biodata page of the current passport(valid)
But first let me take a selfie teet teet teet *cucuk langit*

Hehe okay tak. Aku nak terangkan one by one supaya korang lebih faham. Cewah. Gitew uolls.

SPM Result (Cert)
Untuk SPM result ni, sekiranya korang tak dapat lagi sijil SPM & GCE 1119 Certificate, korang photostat result ori SPM tu. Sebab dekat bawah result tu ada GCE 1119 punya score. Tu penting tu. Kalau yang dah ada sijil SPM & GCE 1119, copy dua-dua tu.

Diploma transcript & certificate
Dalam kes aku sekarang ni, aku apply sebelum habis diploma which is ada lagi satu semester je nak habis. So aku kena serahkan semua result every sem aku untuk ganti transcript and cert. Aku apply untuk tempat dalam university dulu. Kiranya kalau aku dapat, aku akan dikategorikan dalam "conditional". Bersyarat. Sebab tak ada lagi transcript semua tu. Once dah dapat transcript and cert, and kalau nak masuk university tu, baru serahkan semuanya.

IELTS, GCE 1119 & Letter of Medium of Instruction & Assessment in english.
Setiap university ada limit untuk band IELTS. Ada yang keempat-empat kena tip top (writing,speaking, reading & listening). 6.5 keatas. Top 5 australia uni wajib band 7 ke atas. Tu lagi peh. Huhu. Mana nak dapat letter tu? Tu boleh dapat dari registrar university masing-masing. Tujuan surat tu untuk sahkan medium language apa yang digunakan dalam university.

Course Syllabus
Hm pasal course syllabus yang tak best ni. Yang ni pun boleh dapat dari registrar. Ikutlah, some unis memang kena bayar. Nak tau berbaloi atau tak, korang try pergi mintak course syllabus tu. Frust sikit lah huhu. And kena serahkan semua subject, dari sem satu sampai habis. Rasanya khas untuk kepada mereka yang nak buat exemption credit. Australia saja boleh, UK tak ditawarkan.

Photocopy of the biodata page of the current passport (valid)
Make sure passport valid sehingga 6 bulan ke atas ye. Take note.


Oh ya. Cara untuk memohon belajar ke Australia dan ke UK pun lain tau. Nak tau apa lainnya? Nanti aku khaskan satu entry. Cembiasa bro! Mihmih. Okay tak. Kat sini jugak aku bagitau.

Untuk ke UK, korang kena sediakan dua surat:

  • Reference letter (employement/academic)
  • Personal statement
Untuk reference letter, korang boleh pilih sama ada nak mintak dari dekan atau lecturer. Ikutlah, dengan siapa yang korang rasa korang ngam. Gitew. Lecturer/dean akan bagitau behavior kita macam mana macam 2 tu je. Tak semua.

Personal statement ye. Senang je sebenarnya. Korang boleh goreng habis-habis sebab biasanya dia nak tau kenapa kita nak sangat masuk uni dia, cita-cita dari sekarang lebih kurang macam tu lah. Google ajo. Tapi jangan copy. No no no.

So bila semuanya dah settle, tunggu je lah surat tawaran dari mana-mana uni yang korang mintak. Sambil-sambil tu berdoa banyak-banyak agar semua urusan permohonan ke university dipermudahkan dan diterima.Amiin. 

Next step apa dia ye? ha tu kena tunggu untuk next entry :p Untuk next entry aku akan cerita apa patut buat lepas dapat conditional/unconditional letter serta soalan-soalan panas. Ceh panas sangat. 

Have a great day ahead. InsyaAllah. Jumpa next entry. Adios. Babai :)





Cara Sambung Belajar Di Luar Negara Part 1

Assalamualaikum and Hi!

Attention: Entry ni khas untuk mereka yang nak sambung belajar di Australia and undergradute. Post graduate saya tak lepas lagi, harap maklum :p

Kali ni aku nak bercerita ikut pengalaman yang sedia ada ni, selama ni asyik dengar cakap orang je kan, tanya orang situ sana sini, survey dekat blog-blog akak-akak and abang-abang yang dah study atau tengah study dekat overseas. Kali ni aku nak jugak cerita tentang pengalaman sendiri. Tak kira tak kira. Huhu.

sneak peak sikit.........



Tapi aku punya process ni belum pun sampai halfway. Cumanya aku dah di brief macam mana keadaanya nanti. InsyaAllah. Sebenarnya banyak persoalan yang tengah bermain dalam kepala aku sebelum ni. Tapi alhamdulillah, dah pun terjawab. Tapi tak puas hati lagi, sebab cepat sangat masa berlalu :(

Untuk first step ni, korang akan diassist macam mana untuk pilih university bersesuaian dengan apa yang korang nak.

1) Cara pilih university.
Firstly, Joanne tanya aku. Aku nak tempat or environment macam mana. So aku jawab lah Adelaide, Sydney, Perth and Melbourne. Queensland out sebab tempat tu panas hehe. So she explained semua tempat tu macam mana and finally aku pilih Sydney. Sedia maklum, masing-masing ada citarasa yang berlainan. Lain tempat, lain environment, lain culture. Macam dekat Perth, banyak orang kita dekat sana. And sangat dekat dengan Malaysia, of course. Tapi aku tak nak. Last last aku pilih Sydney. Sebab kenapa aku pilih Sydney? Sebab bandar tu labelled as "Working Class". Kira macam Kuala Lumpur. Banyak bangunan-bangunan. InsyaAllah senang jugak nak buat research nanti. Nyehehehe. But university mana nak pilih lagi, tak tau lagi. Malam ni baru nak go through one by one. For now ada 5 uni. Huuuu. 

5 university yang dah di shorlist with details:

a) Macquarie University



So far, yang ni paling menambat hati ni sebenarnya. Ada hospital, library, sports centre, shopping mall, groceries store, train station and ada a few lagi. And Macquarie University is a modern university. Modern dekat sini bukan dari segi senibina nya. Apa yang aku cuba cakap is modern dari segi pembelajaran. Nanti aku terangkan apa beza modern and traditional uni dalam next entry. 40 mins from Sydney City. Boleh naik train station dekat uni, after 40 minutes sampai dekat bandar Sydney :)

b) The University of Newcastle



Newcastle? Bukan dekat UK ke University of Newcastle? Nope. Newcastle pun ada dekat Australia. Nampak tak pokok banyak-banyak macam jungle tu? Hahahaha mana ada teruk macam jungle tu. Tu semua pokok-pokok tinggi tutup bangunan-bangunan dalam tu. Tu yang nampak macam jungle. Sikitlah :p University ni pun ada train station sendiri. So dari train station nak pergi bandar Sydney like 15 to 20 mins. half daripada Macquarie Uni. Modern or traditional I tak ingat pula. Siapa yang suka bila study nampak rabbit lalu, tupai lalu, ala-ala hijau gitu, bolehlah study sini. Memang best pun Joanne cakap.

c)  University of South Australia


Yang ni satu-satunya university yang aku shorlist keluar dari Sydney. UniSA ni dekat Adelaide. Mula-mula aku nak sangat Adelaide ni sebab nak University of Adelaide. Tapi aku baru tau yang Adelaide ni Australia's wine capital. So nak tak nak, kena cancel. Huhu university ni pun one of dalam pilihan sebenarnya. Lain campus lain course yang ditawarkan. Contohnya, kat City East course yang ditawarkan hanya untuk medic and contsruction. Tapi kalau dekat City West untuk business pula. Ada a few lagi tempat yang berlainan untuk setiap course yang ditawarkan. Modern or traditional pun tak ingat jugak hehe. Rasanya traditional. Takpe, nanti check balik okay :)

d) Curtin University



At first, aku ingat Curtin University ni ada dekat Perth je. Rupanya ada jugak dekat Sydney. And course yang ditawarkan hanyalah untuk undergrad business and postgrad accounting, international business and project management. Bangunan dia kecik je. Ada berapa level je kalau tak silap. Kalau kat Unisel, macam bangunan satellite tu je lah rasanya. Hehe. Tu pun rasanya bangunan satellite lagi besar. Lagi pun sikit je course yang ditawarkan. Yang dekat Perth tu tak payah cakap la, besar gila. Uhuk. Untuk accommodation kena cari sendiri. Pihak university tak tawarkan rasanya.

e) University of Technology Sydney


Nampak tak bangunan tinggi tu? Tu lah UTS a.k.a University of technology Sydney. Lain kan dengan Curtin? hehe. Okay yang ni aku tau. It's a modern university. Course yang ditawarkan pun banyak. University pun provide accommodation. So kalau nak study sini, kena active sikitlah. Sebab rumah maybe takdelah dekat dengan university. Kalau jalan kaki like 10 to 15 mins. But okay lah kan? Sihat sikit :p 

Dekat mana pun nak study, tak kisah sebenarnya. Kalau yang ada kawan sekali tu, jangan ikut kawan sangat. Mana tau cita rasa awak dengan dia lain? Kawan awak nak dekat bandar, tapi awak nak ala-ala natural gitew. Pilih yang mana korang rasa sesuai dengan diri korang okay?

Rasanya tu saje untuk entry kali ni. Nak part 2 ke? Tak payah jawab sebab memang kena pun part 2 hiks. Banyak lagi aku tak share dalam ni. Entry kali ni sekadar cerita pasal environment university and tempat tu macam mana. 

Banyak lagi aku tak cerita sebenarnya. Kalau korang perasan, aku repeat berapa kali nama Joanne tu? Dia lah agent aku. Dekat mana? Haaaa kan aku cakap banyak lagi aku tak cerita. Modern and traditional uni pun masuk dekat next entry okay. Kalau muat hehe.

Have a great day everyone! Adios. Amigos. Babai!



P/S : My deepest condolences to the families and relatives of flight . Al-Fatihah.

Kalau Benda Macam Ni Jadi, Jangan Panic!

Assalamualaikum and Hi!

Saat aku taip entry ni aku nak korang tau yang aku tengah jeles..................



Jeles dengan siapakah...............??

Jeng jeng jeng *drumroll*

Macam tak kena je. Hahaha belasah je. Yang penting tengah jeles sebab ma and abah buka puasa kat luar . Weolls 4 beradik kena tinggal sebab yang join buka puasa tu pakcik-pakcik and makcik-makcik je. Aku pasrah dah redha. 

Hahahhaha cewah ayat macam jeles pasal apa kan? :p

Harini aku nak story sikit. Pasal something bad happen kat aku 3 hari lepas. Alhamdulillah aku pandai kawal keadaan. Heheh bangga dengan diri sendiri. Bagus bagus. 

Cerita dia macam ni tau. Rabu baru-baru ni masa hari keempat puasa, dalam pukul 3.20pm mama call, mama suruh hantar bubur lambuk kat rumah aunty. Sebab ada nenek kat sana. So aku siap-siap dalam 3.35aku gerak dari rumah. Aku sampai dalam 3.50 kat rumah aunty. So ingat nak stay dalam 10 mins. Pukul 4 balik lah kan. Sekali terlajak sampai pukul 5 aku stay kat situ.

So lepas tunggu nenek siap solat, aku pun salam-salam pastu nak gerak baliklah. So macam biasa start kereta then get ready je lah nak gerak. Rumah aunty aku kat Alam Impian. So bila before toll Alam Impian tu, aku rasa aircond tetiba panas tau. Memang pelik. Sebab tak pernah lagi macam tu. Bila dah lepas toll aku tengok temperature merah. Memang overheat lah.

Aku memang tak tekan minyak pun after toll tu. Aku biar je. Tapi aku nak berhenti tengah-tengah tu tak boleh. So aku berhenti tepi sikit. Tapi tempat tu selekoh. Aku dah takde pilihan. Aku kedepan sikit. Tiba-tiba

*BOMMM!!*

Bukan bunyi bom jatuh ye harap maklum. Hehe

Aku dah agak dah benda tu jadi punya. Radioator pecah. Sebab before this pernah kena sekali. Tapi kereta mama and mama yang bawak huhu. Tapi at  that time aku ada dengan mama. So aku tau lah sikit-sikit pasal tu.

Apa aku buat? Aku tak panic. Aku tak gelabah. Aku cool down, bagi double signal. Tapi tempat aku stop tu memang bahaya sebab selekoh. But I have no choice. Alhamdulillah takde apa jadi. Lepastu terus call abah. Cakap kat abah pasal apa yang jadi.

Mula-mula tu kena marah lah sebab kereta sendiri tapi tak amik tau pun pasal kereta. Tak check air semua tu. Aku pun mula-mula takutlah. Tapi aku tau, tu salah aku sebab tak check semua benda tu. Terima je lah apa abah cakap. Sebab masa tu memang peak hour. Orang dah mula nak balik rumah untuk berbuka and jalan memang jammed. Abah suruh tunggu kat situ. Aku redha dan pasrah, Hahaha.

10 mins lepastu........

Ada kereta bantuan dari office highway LKSA (aku panggil LAKSA je senang. Hehe) datang. Parah sebab tengok drama banyak sangat, aku ingat pentipu huhuh ampunnnnnn. Terus tutup tingkap kereta and call abah. Pastu abah tanya semua-semua pastu senang cerita terus pass phone kat orang tu.

"bang, nah cakap dengan ayah saya"

Amboi. Bang sangat uolls. Hahahah. Nasiblah. Aku tak tau nak cakap apa dah. Yang penting bukan pakcik. Hiks.

After abah dah cakap dengan dia, abah suruh dia tarik balik kereta ke rumah aunty kat Alam Impian tu. Aku pun naik lah kereta staf tu and kawan dia lagi sorang naik kereta aku kat belakang. Lupa nak amik gambar kereta kena tarik. Hamboi sempatttt hehehe. Aku pulak jenis 'safety first', terus nak pakai seat belt naik kereta. Pastu dia cakap

"Tak payah pakai seat belt pun takpe. Polis tak kacau"

Dalam hati, adussssssssssssss safety guwe dong saftey guweeeeeeee hahahahaha.

Dalam kereta tu, aku tanyalah camni.

"Bang, macam mana tau kereta saya kat sini. Ada orang call ke?"
*masa ni perasan lah ada orang call kan untuk aku. Konon ada orang kisah lah kakakaka*

Hahahahahahah perasan kan, padahal......

"Kereta awak duduk betul-betul depan camera. Lagi pun tempat ni bahaya. Selekoh."

After settle semua, abah cakap aku berbuka lah dengan nenek untuk haritu. Nanti after berbuka baru datang amik. Tak lama tu aku decide,

"takpe la bahh. Harini kakak tidur rumah maksu, esok kakak balik.."

Huhu. Takut wooo. Tapi takpela, salah aku pun sebab careless.

Esoknya, abah hantar staf dia dua orang and formen dua orang datang check kereta kat rumah maksu. Tak lama tu kereta guwe kena tow huhuhuhuh. Kesiannya lahai.

Now kereta tengah dekat bengkel. Herher. Kasi cuci sekali lah kalau boleh:p Ampun kalau kasut bersepah, saman parking bersepah. Hahahaha. Dahlah sempat lagi baca saman aku kuat kuat. Kuangsam huhuhu.

Actually dah berapa kali terfikir pasal nak check air. Dalam seminggu jugak terfikir, tapi tak check check. Entah kenapa. Macam tak kisah je jadi.

Tapi betullah. Kalau benda tu nak jadi, jadi jugak. Kita nak elak macam mana pun. Benda dah nak jadi kan. Tak boleh nak salah kan keadaan. Nasib baik kereta tu tak buat hal tengah highway, nasib baik aku dapat pertolongan dengan cepat. Kereta masa aku stop tu betul-betul depan camera. Macam semua urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Cewah hehe.

Girls, bila keadaan macam ni berlaku. Jangan panic. Jangan menggelabah. Jangan nak berdrama tepi jalan tu. Orang tengok tak senonoh sangat. Rileks je, cool, tarik nafas 'deep deep' ha hamboi deep deep kau. InsyaAllah, semuanya jadi mudah bila awak tenang and ikut flow okay?



Ni gambar masa aku awal-awal naik kereta tu. Kekeke. Naik terus snap gambar. Hehe


Azan dah pun berbunyi. Selamat berbuka everyone!

Later kita story lain pulak ye. Adios. Amigos. Babai :))

Kaki "On The Way"

Assalamualaikum and hi!

So today first day puasa. Aku rasa ada lagi yang belum bangun tidur ni, sebab tidur lepas sahur tadi kan? Mata sah sah berat nak bukak hehe. Jangan nak ter ter sangat first day ni, kan dah sahur tadi :p Nasib baik 4.20 aku terjaga. Minum lah segelas air. Pastu pukul 5 mama kejut,macam biasa aku dengan drama aku tak nak bangun hahaha. Mama siap letak botol air suruh aku minum. Bila terjaga balik dah pukul 6am. I was like mann.......... nak minum hukhuk. Sebab aku memang jenis tak makan masa sahur. Nak tengok aku makan masa kat kampung je la. Tu pun kalau boleh puasa....... dot dot dot mihmih.

*yang atas ni aku dah taip masa first day puasa haritu. Nampak tak pemalas dia nak buat entry herher. Sambung je okay*

Okay so entry kali ni pasal on the way. Aku rasa semua orang pernah berdepan dengan situasi macam ni. Lelelelelele jangan nak cakap awak tak pernah berdepan dengan situasi ni, tah tah awak lah kaki 'on the way'. Hehe eh ada ke? Baik awak mengaku cepat cepat :p Suka hati aku je. Situasi lebih kurang macam ni. Contoh okays? 

A: Weh, kau kat mana
B: Otw (on the way)

*30 mins later*

A: Weh kau kat mana ni?!!
B: Otw, 10 mins sampai




*30 mins lagi*

A: Weh kau kat mana ni?!!!!!
B: Otw, 5 mins sampai. dah dekat dah




Pernah tak face dengan situation macam ni? Korang jadi si A, menunggu kawan korang si B. Pernah tak? Jangan cakap pernah lah, berapa kali seminggu korang kena macam ni? Berapa kali sehari kena macam ni?

Aku paling tak suka orang jawab macam ni bila aku tanya. Aku tak tau kenapa. Kira pantang jugaklah. Sebab aku tak suka orang tunggu aku, aku tak suka menunggu lama-lama. Kalau aku nak buat janji nak jumpa dengan orang atau orang nak jumpa dengan aku, aku mesti sampai dekat situ dulu. Lagi-lagi kalau tempat tu aku tak pernah sampai, aku akan keluar dua jam awal. Aku bukan jenis "eh kejap otw". NO. 



Bila kawan korang sampai kan, pandang je camni. Heh 

Haaaa garang kan? Hehe k sambung balik

Aku tak suka orang bagi jawapan otw otw ni. Bangun dari katil pun still otw kan? Pastu kau kata 5 mins kau nak sampai. Memang nak kena bom je rasa. Herher. Sebabtu, aku kalau tanya kat mana. Aku akan tanya macam ni.

A: Weh kau kat mana?
B: Otw
A: Otw kau tu kat mana? 
B: Baru nak gerak dari rumah

Haa jawapan macam ni senang sikit hati aku. Ni otw otw. Tak kira lah, awak nak cakap dengan siapa pun. Tolong jawab soalan. Bukan mengelat. on the way tu trick untuk mengelat tau tak. Eeeeeeee. Untuk apa pun tolonglah jangan guna on the way please :( Contohnya lagi pasal assignment. 

A: Macam mana part kau kena buat  tu, okay tak?Apa progress?
B: Otw nak siapkan

On the way amende nak siapkan. Kalau tanya progress, nak tahu dari A sampai Z. Bukannya on the way tu herher. 

Aku tak suka jawapan on the way ni since abah marah aku pasal on the way ni lah. 

Abah: Kakak dah sampai mana?
Me: Otw
Abah: Ye lah otw tu kat mana, jawablah tempat. Abah tak suka jawapan otw otw ni

Aku pun masa tu kena marah macam tu je, berderai bercucuran air mata aku jatuh kahkahkah. Lawaklah. Tapi tu dulu lah, dulu. Now aku dah keras sikit hati. Payah pulak nak nangis hehe. 

Aku rasa tu je kot aku nak membebel entry kali ni. Sebab geram tau dengan jawapan otw ni. Sikit-sikit otw sikit-sikit otw. Taip dah lah 'O T W'. See, aku pun dah ter'otw' dalam ni herher.

Kalau kawan, mak, ayah, kekasih, musuh ke tanya kat mana. Jawab je kat mana awak masa tu. Kalau awak tau awak dah lambat, bagitau awal-awal. Tak perlu nak 10 kali on the way okay? Try lah buang on the way tu. Be honest. Cewah macam dokter cintas hihi.

Sorry kalau tergarang sikit today. Aip aip. Takkkkkk, baik je ni hehe.

Kita jumpa next entry okay? :)

Good night everyone. Adios. Amigos. Babaaiii :D

P/S : Takde kena mengena dengan siapa okay, cerita je huhu. Yang pasal  aku kena marah dengan abah, ha tu betul :p 

Best Param Food Part 1

Assalamualaikum and Hi.
Best param food. Apa? Param? Tak pernah dengar pun. Param? Nama kedai? Hahahaha okay aku pun baru tau sebenarnya. Dengar 'param' ni since last year lagi. Masa bulan puasa jugak. Tapi tak pernah terfikir nak cari apa tu param. Sebab bila sebut param mesti makanan. Kenapa eh?

Param yang korang duk dengar tu sebenarnya

PASAR RAMADHAN = PARAM

Hahahahah k aku pun tak tau sebenarnya. Semalam baru tau masa tengok ig hihi. Pasar Ramadhan kan macam panjang je nak menyebutnya. So bila sebut param kira sekali harung je.

 "Eh jom pi param, cari makanan untuk berbuka" gitewww

Wah. Berbuka. Baru pukul 11 lebih uolls. Mihmih. Tapi aku dengan setianya still lagi guna "PASAR RAMADHAN". Nak guna param macam pelik pun ada. Tapi takpela, masing-masing punya suka hati. Eh :p

Now nak cerita pasal best param food. Kali ni aku bagi 3 dulu best param food. Takut lebih-lebih karang, kecur liur dah kurang pahala puasa. Bayanglah aku yang tengah menaip entry ni? Eh sorry, aku coold je okeng hehehe.

1) Roti John
















Peghhhhhhhhhhhh superb walaweh. Ni all time fevret ni. Aku kalau puasa, kalau pergi bazar mesti cari ni je. Aku tak pandang sangat benda lain. Tak menarik minat langsung. Tapi yang ni pegh. Satu ketul panjang tu aku boleh habiskan sorang hehehe. Lagi-lagi yang sos and mayo meleleh peghhhhh. Paling best bila roti dia penyet and lembut. Pastu garing-garing sikit. Tak terkata sangat. Siapa sama taste dengan aku meh kita sep sikit! Boleh geng ni. Nanti raya jemput datang rumah. K tipu :p


2) Kek Batik













Yang ni lagi satu fevret. Nak nangis lah macam ni. Sedapnya tak terkata. Tapi jaranglah aku cari kuih ni kat bazar. Sebab aim aku roti john je hehe. Kalau teringat je beli. Kalau tak, tak nak pun. Tapi memang fevret sangat sangat. Lagi-lagi yang biskut dia dah lembut tu, coklate banyak and ehm ehm ehm tak tau nak bayangkan macam mana dah huhu. Sedapnya. Tak terkata. Finger lickin good gitu :p Aku suka kalau kuih ni bersepah-sepah coklat dia. Lagi nikmat tak terkata, fuh!


3) Murtabak













Lalalalalalalalalalalalala. Tu diaaaaa dia susun murtabak tu macam tu je. Nak acah-acah jap boleh tak.

"Bang, nak murtabak daging 2"

Heheheheheh acah-acah kan. Daging ke ayam ke. Dua dua sedap yang penting. Lagi-lagi makan masa panas kan. Fuh. Tak terkata. Dia ad sekali bawang and kuah kari. Tapi jarang lah aku usik kuah-kuah tu. Sebab biasanya ngap je hihihi.Aku tau murtabak ni kira top list dekat bazar kan? Asal stall murtabak mesti beratur orang nak beli. Murah rezeki bulan puasa ni. Amin.

So tu je lah top 3 untuk best param food. Nak bagi lebih-lebih pun tak boleh hehe. Next time kita sambung lagi okay? 

Selamat berpuasa everyone:) Adios. Amigos. Babai awak semua. Puasa jangan mala-malas tau.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum and Hi!

Yeay dah start menghilangkan diri. Hehe. Ni bukan entry throwback form 5 :( Ni pun nak short update je. Bagus kan aku, busy busy pun still adakan masa untuk update. Heh.




So esok first day puasa bagi tahun 2014. Alhamdulillah dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Maafkan segala salah dan silap samada secara langsung atau tak. Kosong kosong okeng? Kosong~ kosong~ oww owww gahahah tak senonoh shangatttt.

Nah. Niat puasa untuk Ramadhan. Jangan lupa niat masa sahur tu. Nak niat sebulan punya pun boleh takde masalah. Aku selalu niat untuk sebulan terus hehe.



Bila dah niat puasa, mesti ada niat untuk berbuka kan? Nah niat untuk berbuka pula. Ingat, minum air putih/makan kurma dulu tau :)




Semoga Ramadhan kali ni membawa satu perubahan yang baik dalam diri. Amin. Sama-sama kita kumpul pahala banyak-banyak okay? Tinggalkan semua benda-benda yang tak elok tu tau. Tau. Tau. Goooooddddd ;))

Nanti kita cerita pasal pengalaman masa berpuasa. Ceh ceh ceh. Hahahahaha. Yang penting tunggu tau. Macam tengah rushing sangat je update. Huhu. 

That's all for today. Kot. Next entry macam biasa okay? Hihi.

Adios. Amigos. Babai :) 

P/S : Adik-adik yang baru start berpuasa tu, jangan puasa 'yangyok' tak. Kakak babap nanti :p K gurau. hehe. 

Macam Tak Percaya

Assalamualaikum and Hi!

Amboi baru 4 hari tinggal without any updates. Amboi amboi amboi. Hehe k bukan tu nak cakap sebenarnya. Petang-petang ni dah tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah, sem break dah nak habis. Bila ye nak habis? Rileks dulu. Lagi 7 minggu lah awak hihi. Lepas tu masuk lah untuk final semester. Debor!

Satu movie dah selamat layan. Now nak buat apa ek? Hmmmm apa kena mengena dengan title? 

Meh nak cerita. Lately I've been, I've been losing sleep...... sebab FIFA hekhek bukan tu jugak yang aku nak cerita.

Okay meh balik. Kali ni betul-betul nak cerita. 

First, macam tak percaya aku dah pun umur 20 tahun. Ye 20 tahun. Mana tau lagi 6 tahun kawin........ jeng jeng jeng he he he gatal naaaa. Manadeee. 





Kakak gurau je ma, bah. Huhu. 


Bila fikir balik kan, cepat je masa belalu. Macam tak percaya. Haaaa tu lah tagline kita harini okay? Macam tak percaya. Aku dah boleh fikir mana yang betul, mana yang salah. Bukan selama ni tak boleh berfikir, cumanya dari segi cara pemikiran tu. Tak tau? Tak faham? Nanti aku bagitau. Kalau rajin :p

Second, macam tak percaya aku boleh buat keputusan sendiri, berfikir macam mana untuk maju kedepan. Macam mana untuk jadi the best for mama and abah for sure, and orang sekeliling aku. Tapi aku akan tumpukan untuk mama abah dulu. Priority sekarang mama and abah. Bear that in mind okeng? Aku buat keputusan untuk berdikari atas diri sendiri.

Third, macam tak percaya bulan 6 dah nak habis. Berapa hari lagi je tinggal ni. Maknanya makin dekatlah masa tu. Aku pulak hire agent untuk settlekan pasal study abroad tu dari A sampai Z. 

Oh ya, agent mana kalau korang nak tau, nanti after settle semuanya baru aku bagi okay? Aku akan cerita dari first, macam mana aku tau pasal agent tu sampai lah bila dah lengkap semuanya. Will do okay? 

Banyak benda nak kena settlekan sekarang, tapi malasnya nak keluar. Tak tau kenapa. Huhu. Nak mintak reff letter kat siapa pun tak tau. Personal Statement tak buat lagi. I nak nangis boleh? Huwaaaaaa >,< Sijil account yang patut amik 3 tahun lepas pun tak amik lagi :( Help help hahahaha.






The last one, macam tak percaya aku boleh taip enrty sebosan ni hahahahaha macam lah entry before this best sangat. Herher. Tu je kot untuk kali ni. Nak sambung berfikir kejap. 

Coming up next : Throwback form 5 part 2 :)

Great day everyone. Adios. Amigos. Babaiii :)

Trip to Johor Part 2 - Legoland

Assalamualaikum and Hi!

Masih lagi di Johor. Jangan risau. Ni last part.Saje je buat Part 2. Part one boleh baca kat link ni:


 Padahal mana ada dah part lain. Sebab 2 hari je kat sana. Nak pergi mana je kat Johor? Hehe.

So pagi tu mata berat sangat nak bukak. 6.30am dah bangun. Silau lampu ha ah best sangat. Tu lah tidur lambat lagi semalam. Pagi kena bangun awal tau. Kalau kat rumah ni, lepas subuh tidur la balik kejap. Kakaka. Pukul 7.70 nak kena check out dah sebab by 9.30 pagi dah ada kat Legoland sebab takut orang ramai. Tapi......... ha tu nanti kita cerita ;)

After dah siap-siap semua, dah check out and pergi breakfast, driver pulak lambat sampai. Driver oh driver.

Oh btw lupa bagitahu, kitaorang pergi dengan driver. Kiranya sewa satu bas pelancong sekali driver bawak kitaorang jalan-jalan. Tapi driver pun tak tau jalan. Macam mana? Nak cari tempat makan kat Larkin tu kan drag masa banyak sangat. Perut aku meragam gila sebab masa breakfast aku makan seketul je ayam. Dengan air suam hahaha. Menyesal tak sudah.




After breakfast terus pergi Legoland. Yeyers. Mula-mula tu cam dah ngantuk sebab pergi makan nasi lemak. Heavy sangat breakfastnya. Tapi bila fikir perut sampai tenghari, aku belasah je. Menangis makan nasi lemak. Rosak diet aku sepanjang kat sana huhu sedih.


Nampak tak Legoland tu? Sikit lagi je nak sampai ;)

Dalam 9.25 am dah sampai kat Legoland.

Okay first biar aku senaraikan apa yang perlu korang bawak untuk masuk dalam tu:

1) Backpack ( Wajib sebab senang korang nak bergerak. Aku tak suggestkan korang bawak handbag or bag-bag yang leceh. Dalam backpack tu semua korang boleh sumbat. Hehe)

2) Sunblock (Wajib for those yang jaga kulit. Hahaha. Sebab dalam tu takde pokok. Memang kalau cahaya matahari tu, straight terus kat kulit and terbakar. Pegh terbakar. Sedap ayat. Hehe)

3) Topi (Yang ni sangatlah penting. Tak payah leceh-leceh pakai sunblock. Pakai topi je pun okay. Macam aku. Hiks >.<)

4) Selipar  (Dalam Legoland ni ada a few mainan yang termasuk dalam bahagian air tau. So kalau tak nak basah kasut, bawak selipar)

5) Baju & Seluar (Ada a few mainan yang buat korang basah teruk. Kalau tak nak bawak pun boleh je. Sebab dalam tu ada dryer. Sekali nak kering bayarlah RM10. Kalau aku haritu, redah je basah-basah. Nanti kering sendiri hehe)

6) Sports shoes (Rasanya better pakai sportshoes. Serious. Roshe run ke airmax ke ha suka korang lah. Janji tak sakit kaki bila berjalan dalam tu )

Dah penat taip, rehat kejap . Haha. Meh aku meriahkah entry dengan gambar pulak :p

Ni masa sampai awal-awal tu. Takde signboard LEGOLAND lagi. Haha





Before bukak dalam pukul 10pagi, diorang buat show sikit before kita masuk dalam. 


Ni ticketnyaa :D Aku tak ingat mana adult mana child :p


Toilet dekat entrance. Hahaha






















Tengok je tinggi macam tu. Tapi pergh.
TAKKAN NAIK DAH! hahahaha nangis


Side view.
Disebabkan benda ni, aku cancel nak naik roller coaster -_- hahaha
























Yang ni senior roller coaster kot. Yang penting aku tak naik hahah



Miniature


























Kaunter ticket

Tengok je macam ni? Guna separuh tenaga oi nak menggerakkan benda alah ni hahaha


Aku naik junior roller coaster pun dah menjerit hahaha malu malu boooo!


Yang ni pun 5 kali gak naik hehe

Kalau pandai handle benda ni, korang takkan basah and boleh laju and slow. Syok woooo.
5 kali aku repeat hihi

So far Alhamdulillah. Masa aku pergi 5 Jun haritu, memang tak ramai orang and mendung. ada hujan sekejap. Tapi takdela lebat. Panas pun ada tapi tak melampau sangat panasnya alhamdulillah :D Sebabtu banyak mainan yang aku boleh masuk. Tak yah beratur langsung terus je naik. Bahagia wuuuu. Adik aku dengan sepupu-sepupu lain naik roller coaster and project X banyak kali. Mannnnn I kennot imagine. Hahahaha. 

Oh kalau korang pergi sana kan, jangan skip-skip mainan tu. I mean sampai je sana, korang terus ke kiri, main je apa mainan yang korang nampak sepanjang perjalanan tu. Kalau skip-skip nanti penat. Sebab tempat dia sangatlah besar. 

Lagi satu, memang tak boleh bawak makanan luar. Masa kat entrance tu ada orang akan check bag. So beware ya. 

Okays. Tu je lah yang aku nak cerita untuk entry kali. Best kan jalan-jalan kali ni? Hahahahah perasan sangat.Nanti bulan 12 pergi Johor lagi. Tapi bukan holiday lah. Pergi sebab kawan kawin. Kawan sebaya iolls kawin lah uolls hahahaha maigod. Pastu bulan 1 plan nak pergi Penang or Redang dengan besfren. May Allah ease. Amin.

Jumpa next enrty okay? Adios. Amigos. Babai ;))

My Pre-Convo Photoshoot (Diploma)

Assalamualaikum and Hi. Okay rasanya entry ni paling lama dalam draft! Hahahha It has been 2 years. Sepatutnya a week after my convoc...